Jom Singgah Sini =)

Monday, 28 May 2012

PLKN: Kem Usang Dan Daif, Inikah Layanan Kepada "Wira & Wirawati Negara"?

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang telah diluluskan cadangan pelaksanaannya oleh Kabinet pada 28 Mei 2003, merupakan suatu modul jati diri yang menerapkan unsur-unsur pengukuhan disiplin terhadap diri sendiri iaitu terhadap remaja lepasan SPM khususnya dan membina keyakinan terhadap masyarakat setempatnya umumnya terhadap peranan remaja kepada negara pada hari ini..Diletakkan dibawah kelolaan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) serta di bawah Kementerian Pertahanan, latihan yang dijalankan hampir mempunyai persamaan dengan latihan ketenteraan..

Walaubagaimana pun, setelah hampir sedekad penubuhan modul PLKN ini di Malaysia, masih banyak kekurangan yang boleh dipertikaikan terutamanya berkaitan kebajikan dan penyelenggaraan kem-kem yang uzur dan daif..Boleh di katakan, kebanyakkan kem-kem seperti itu hampir menyerupai persis sebuah setinggan penempatan pekerja asing tanpa izin! Adakah tempat tinggal seperti ini yang di-isukan kepada 'wira dan wirawati negara' kita? Memalukan!

So, dalam entry ni, aku tak bertujuan nak senaraikan semua kem-kem yang bermasalah tersebut, cuma cukuplah sekadar aku fokuskan kepada satu kem sahaja, berdasarkan bukti-bukti yang aku ada iaitu:-

Kem PLKN Syruz,
Bukit Mertajam, Pulau Pinang.


Oppss, untuk pengetahuan, aku juga merupakan bekas pelatih PLKN pada tahun 2010 di sebuah kem di Hilir Perak..Dari pemerhatian aku, keadaan kem ni memang teruk dan perlu di ambil perhatian oleh pihak pengurusan kem..Cuba korang tengok gambar-gambar sumber kat bawah ni dan nilai sendiri..

Keadaan Dorm Pelatih:



Dengan bumbung bocor serta dinding yang hanya dibahagikan dengan papan "playwood", bukan dinding batu tu..Agak-agak, apa la yang akan berlaku kalau berlaku kemalangan seperti kebakaran kat situ?    Fikir-fikirkan sejenak..

Keadaan Tandas Pelatih:








Aku tahu, akan ada jugak sebilangan masyarakat yang akan meletakkan kesalahan tu kat pelatih kem tu sendiri. Sebab? Berlaku ganas dan merosakkan harta benda milik kerajaan. Okay, boleh diterima..Tapi, apa pulak tindakan pihak pengurusan dan disiplin kem tu? Ada ke apa-apa tindakan disiplin yang dikenakan kepada pelatih yang melakukan kerosakkan tersebut? Kalau sudah, apa sepatutnya dilakukan bagi membaik pulih kembali harta benda yang dah dirosakkan? Adil ke bagi pelatih baru yang menanggung akibat disebabkan pelatih kumpulan yang sebelumnya yang melakukan kerosakkan? Ini yang kita nak tahu..

Di sini, aku tak mahu salahkan sesiapa, sebab masing-masing ada tanggungjawab terhadap harta benda dan kuasa yang diberikan, cuma mahu atau tidak je nak laksanakan..

Menurut sumber lagi, kem ni telah pun diletakkan di bawah pengawasan pihak berwajib dan pada bila-bila je, sama ada kumpulan tahun ni, atau kumpulan akan datang, boleh di sita sebab tak mengikut prosedur standard dan piawaian yang telah ditetapkan..

So, kalau terjadi perkara macam tu, tak pasal-pasal je buang masa pelatih dan pihak pengurusan kem nak pergi berpindah randah 'merempat' kat kem-kem lain..Menyusahkan tak? Bagi mengelakkan perkara macam tu berlaku, baik la ambil tindakan dan peranan bagi menyelesaikan masalah tersebut bermula dari sekarang..

Bukan apa, kalau dari sudut pandangan ibu bapa atau perspektif masyarakat lainnya, nasib baik sebab program PLKN ni diwajibkan je, kalau secara sukarela, dah lama diorang bawak keluar anak-anak diorang daripada kem macam tu, dan bawak masuk kem-kem jati diri 'swasta' yang berlambak dok ada sekarang ni. Bagi diorang, "aku hanya nak kan yang terbaik buat anak aku, biar keluar duit sendiri tak apa, asalkan tempat tu selesa dan selamat untuk anak aku jalankan latihan"..

Sebab tu, ada sesetengah masyarakat, walau pun tak ramai, tetapi terasa jugak kesannya bila diorang membandingkan program PLKN negara kita dengan program Singapore Nasional Service (SNS) di Singapore. Tapi, lumrahnya kita sendiri pun tahu, kalau macam ni la keadaan program kerahan tenaga kat negara kita, jangan dok heran lah kenapa program kerahan tenaga diluar negara diagung-agungkan. Semua tu bermula dari diri kita sendiri..

Kesimpulannya:

Jangan ingat semua yang aku kutuk tu diterima sebagai suatu kutukan semata-mata, tengok dari sudut lain, kebaikan dia pulak..Sesuatu isu tu masing-masing ada pros & cons dia, kalau kita mahukan yang terbaik, jangan segan untuk melihat kelemahan, sebab kelemahan ni la yang boleh membantu kita menilai semula apa yang patut kita lakukan bagi memperbaiki keadaan tersebut..Occupy our weakness to strive our strength, indeed..

p/s: Kalau tak ada perubahan jugak, ramai-ramai la pi tumpang berak kat rumah Komandan Kem, apa ada hal beb =D 








4 comments:

Suparman said...

Kerajaan sepatutnya mengkaji balik keberkesanan program ini kepada belia belia kita sama ada telah mencapai objektif kem kem ini di dirikan.Kebanyakan kem operator adalah geng geng kroni, dan kem kem ini di bena sebagai kem sementara sahaja yang berkualiti rendah.Pendekatan kerajaan bagi program ini dari mula aku nampak sudah pincang.Kalau nak mendisiplinkan belia belia kita saya rasa kita kena kaji semula skim PLKN nih.

shuttet said...

yup, betol..kroni kaya, pelatih menderita..

wan said...

dlu pernah depaa numpang kt kampus itm segamat, tau pa jadi, depa berak dalam tilam..macam sial! depa nie lum kena cam s'pore punya kerahan, pengalaman aku pegi finland, latihan dia agak keras gak..tp tgkla pemantauan diaorg camna..yg kat malaysia ni makan angin ja..ngabiskan wet pbayar cukai...

Mi said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...