Jom Singgah Sini =)

Tuesday, 29 May 2012

[Ajaib]: Wanita Temui Semula Basikal Yang Hilang Selama 42 Tahun *0*

Pengalaman kehilangan sesuatu yang berharga mungkin menjadi perkara yang menyedihkan buat sesetengah orang..Tapi, cuba bayangkan kalau barang yang pernah kita hilang suatu ketika dahulu, ditemui semula..Walau pun tidak ditemui dalam keadaan yang sempurna, ia masih lagi cukup untuk menggamit semula kenangan lalu..Ini lah apa yang berlaku kepada wanita kat bawah ni..


WELLFLEET, Mass - Seorang wanita, Lisa Brown telah berjaya menemui semula basikal miliknya yang pernah hilang sewaktu zaman mudanya. 

Dia, yang berusia 11 tahun pada tahun 1970 dikatakan menunggang basikal untuk melintasi sebuah jambatan merentangi Sungai Herring sebelum dia hilang kawalan dan terbabas ke dalam sungai yang berlumpur. 

Dia pada masa itu yakin bahawa basikal nya itu mungkin telah hilang di dalam lumpur sungai hinggalah basikal nya dijumpai semula pada masa kini. 

Bangkai basikal yang berkarat itu secara kebetulan ditemui oleh seorang pejalan kaki yang melintasi jambatan tersebut iaitu suami nya sendiri, Deirde Olinger kira-kira suku batu daripada jambatan tersebut.

Mengikut laporan akhbar Cape Cod Times, dia menyifatkan penemuan basikal nya itu sebagai "perjumpaan semula kawan lama".


p/s: Kalau aku, entah ingat ke entah tidak pasal barang yang hilang tu =,='


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...