Berdasarkan maklumat, restoran ini dikatakan mempunyai nama lain sebelum dimiliki oleh pemilik yang baru..Tetapi, setelah baru sahaja beroperasi, atas sebab tertentu atau misteri, restoran tersebut telah ditinggalkan begitu sahaja sehingga kini..
Apa yang aneh nya, restoran lain yang berdekatan rancak dalam perniagaan, dan tidak mustahil restoran ini mungkin kurang sesuai berlokasi di situ dan yang paling misteri, sehingga kini masih tiada pemilik baru yang ingin mengambil alih restoran terbabit dan "Restoran Adik Manja" tersebut dibiarkan mereput begitu sahaja..
Berikut merupakan cerita-cerita misteri berkaitan restoran tersebut:-
Kisah 1:
Aku pelik jugak sebab setahu aku kedai ni dah lama tak bukak. Mungkin owner baru kot..aku dengan kawan aku fikir. Esoknya aku datang balik waktu pagi sebab nak ambil van yang kitorang tinggal kat tepi jalan malam tadi. Aku tengok kedai tu tutup, aku tak puas hati aku pergi singgah kat kedai tu, aku tengok langsung takde kerusi meja…dengan keadaan yang berhabuk macam dah lama tak berniaga dan tak ada langsung tanda2 macam orang berniaga malam tadi…aku pandang kawan aku..pastu kawan aku pandang aku…apa lagi terus cabut la…tunggu apa lagi…tapi yang peliknya..sape yang aku nampak ramai2 makan kat kedai tu malam tadi…memang misteri gilerrr..
Kisah 2:
Aku membesar dengan dulu ulang alik dari Kerteh ke Temerloh ikut jalan ni sebab highway tak ada lagi. Penah dulu, adik aku nak terberak sangat dah, so kami terpaksa berhenti dekat sini. Sebab, kami semua nampak ada orang jaga kedai. Tengah bakar satey kat depan kedai tu. Tapi, pelanggan takde. Ada pak cik tu sorang2 je. Mak aku mintak izin guna toilet dia. Dia bagi. Tapi, time aku duduk dalam kereta tu, memang rasa tak sedap hati.
Tapi nasib baik tak jadi apa2 yang buruk. Sampai ke kampung malam tu, mak aku cerita kat parents dan adik beradik dia, yang kami singgah di kedai ni. Semua orang terkejut, senyap sunyi je. Tiba2 nenek cakap, kedai tu dah lama tak berpenghuni tapi, tak tau la kalau dah bukak balik.
Bila kami otw nak balik semula ke Kerteh, memang kedai tu kosong. Usang, uzur. Seram je rasa. Tempat bakar satey yang meriah dengan lampu, khemah, tempat pembakar langsung tak ada. Nasib baik tak jadi benda2 buruk kat kami.
Sumber: MyNewsHub
p/s: Bagi korang yang gemarkan aktiviti paranormal dan mistik, boleh la try usha 'entiti' kat situ =D
No comments:
Post a Comment