Jom Singgah Sini =)

Tuesday 29 May 2012

[Aneh]: Garam Daripada Air Mata Manusia? *0*

Garam merupakan bahan mineral yang mudah diperolehi berdasarkan proses penyejatan daripada air laut..Fungsi utama nya, adalah tidak lain dan tidak bukan, sering digunakan dalam proses pembuatan makanan..Kalau tak, makan apa pun rasa tawar je kan? Tapi, terdapat pihak yang kreatif, cuba untuk mengaplikasikan air mata sebagai bahan yang boleh digunakan dalam masakan..Kalau nak tahu betul ke tak, meh usha kat bawah ni..


Pelbagai kategori/jenis garam dikatakan telah dikumpul daripada air mata manusia yang mengalami pelbagai jenis emosi telah mula berada di pasaran London, untuk anda gunakan dalam makanan anda.

Garam yang berharga £7 ini yang dijual oleh Hoxton Street Monster Supplies telah disenaraikan dalam 5 kategori iaitu garam daripada:-

- Tangisan ketika sedih.
- Tangisan ketika bersin.
- Tangisan ketika memotong bawang.
- Tangisan ketika ketawa.
- Tangisan ketika marah.

Setiap jenis garam tersebut mempunyai rasa yang berlainan dan sudah pasti boleh menambahkan satu elemen yang menarik dalam masakan anda yang seterusnya.

Jurucakap berkata, "Garam ini menggabungkan penggunaan satu cara yang digunakan sejak berabad lamanya dengan air mata tersebut di rebus, dilepaskan ke dalam tangki penghabluran cetek (shallow crystallization), di tuai menggunakan tangan dan di bilas dalam air garam".



Disclaimer:

Ermm, sebenarnya garam ni bukan diperbuat daripada air mata manusia, tapi dari air laut..Idea ni datang daripada Helen Mon dengan kerjasama Studio Weave dan Ministry of Stories bagi memberi inspirasi kepada sebuah cerita dongeng dan fantasi - jangan marah-marah taw..Bagi korang yang berpeluang pergi ke London, jangan lupa beli garam ni atau pun produk aneh lain kat kedai Hoxton Street Monster Supplies sebagai buah tangan =D

p/s: Macam-macam diorang ni =D






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...