Jom Singgah Sini =)

Monday 2 April 2012

Tikus Raksasa Gambia Di Florida..

Tikus merupakan haiwan yang terkenal dalam menyebarkan pelbagai jenis penyakit berbahaya kepada manusia..Tapi cuba bayangkan, kalau tikus yang bersaiz kecil pun dah bermacam-macam penyakit yang boleh dibawa, ini kan pula yang bersaiz besar..Entah berapa punya sarat la penyakit yang di bawa tak tahu laa..So, kalau nak tahu pasal tikus raksasa Gambia ni, meh baca kat bawah..



Tikus raksasa Gambia sedang berkembang biak dengan cepat di Florida Keys walaupun langkah-langkah untuk membasmi nya sudah 10 tahun dijalankan. KeysNet melaporkan bahawa spesies asli Afrika ini buat pertama kali muncul di Florida Keys sekitar tahun 1999-2001 setelah seorang pembiak haiwan eksotik melepaskan sekumpulan tikus ini di habitat nya.


"Kami fikir kami sudah berjaya memusnahkan spesies mereka pada 2009," kata koordinator spesies eksotik untuk Jabatan Perikanan dan Perlindungan Haiwan Liar Florida, Scott Hardin. "Mengikut statistik kami, haiwan ini tidak berpindah jauh tapi jelas sedang berkembang biak di suatu tempat dalam habitatnya."


Haiwan yang pada rasminya merupakan tikus Gambia ini adalah sejenis tikus terbesar di dunia. Seekor tikus dewasa boleh mencapai ukuran sepanjang 91.44 cm dan seberat 4 kg. Petugas tempatan khuatir, jika sejumlah besar tikus raksasa ini sampai ke pusat bandar Florida, jelas haiwan ini akan merosakkan hasil pertanian warga setempat.


Jabatan Pertanian Amerika Syarikat telah pun bekerjasama dengan petugas tempatan di Florida Keys untuk membasmi pembiakan tikus ini. Mereka mengatakan hanya ada beberapa ekor tikus yang masih belum berjaya ditangkap, tapi tikus-tikus ini boleh membiak dengan cepat. Bahkan hanya dalam tempoh masa lima bulan sahaja untuk tikus ini mencapai usia dewasa. Setelah berkembang biak, tikus Gambia harus menunggu selama sembilan bulan lagi untuk proses mengawan. Tikus Gambia boleh melahirkan 6 ekor anak sekali gus.


Para petugas menggunakan tembikai dan kacang sebagai umpan untuk 200 perangkap yang sudah mereka aturkan di serata tempat strategik bagi menangkap tikus-tikus Gambia ini. Bahkan, beberapa ekor tikus yang ditangkap mempunyai saiz yang menyamai saiz seekor kucing rumah.




p/s: Besar kucing? Mampuihhh!! Lepas ni nak beza kucing dengan tikus pun susah =,='


* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...