'The William' merupakan satu evolusi dalam peralatan dapur masak moden - menggunakan seluruh kawasan di permukaan atas dapur. Apabila periuk dan kuali diletakkan di atas permukaan nya, ia secara automatik akan dikesan oleh satu program yang dikenali sebagai Honeycombs yang kemudiannya akan menghasilkan satu tanda unik yang dipanaskan oleh papan kawalan yang menyerupai skrin sentuh. Setiap kawasan unik tersebut akan ditakrifkan sebagai kawasan yang aktif untuk memasak dan memastikan pengaliran haba untuk proses memasak diagihkan dengan sempurna.
Setiap tanda unik untuk memasak yang baru akan ditanda menggunakan nombor dan dipaparkan secara visual dalam 2 bahagian Panel Kawalan iaitu Visualiser dan Pengawal Haba. Ini membolehkan pengguna berinteraksi dan mengawal setiap tanda unik tersebut dan mengakses maklumat khusus seperti suhu, masa, dan berat. Pengguna juga mempunyai pilihan untuk menetapkan fungsi Auto semasa memasak. Sudah tentu, 'The William' juga dilengkapi dengan jam, timer, dan paparan tarikh dan masa yang menarik seperti yang diharapkan oleh setiap pengguna pada dapur memasak mereka..
Bagi korang yang berminat, apa lagi, laksanakan lah rancangan membodek suami korang tu..Hahahaha =D
p/s: Tak rugi labur duit kalau isteri rajin masak..Hohohoho
No comments:
Post a Comment