Jom Singgah Sini =)

Sunday, 18 March 2012

Speech Jammer: Alat Sesuai Untuk Diamkan Orang Yang Kuat Bersembang =D

Bagi korang yang suka bercakap tak henti-henti tu, baik korang cuba kurangkan sebab sekarang ni terdapat sebuah universiti di Jepun yang dah pun mencipta Speech Jammer untuk diletakkan di kawasan atau zon larangan bercakap..Kalau nak tahu apa itu Speech Jammer, meh  baca kat bawah ni..

- Kazutaka Kurihara daripada Institut Kebangsaan Kemajuan Perindustrian Sains & Teknologi  dan Koji Tsukada daripada Universiti Ochanomizu telah pun membangunkan alat Speech Jammer ini. Untuk penggunaan yang positif, seorang guru mungkin boleh mengunakannya untuk menutup mulut para pelajar di dalam kelas atau seorang pengacara di televisyen boleh melakukan perkara yang sama kepada para penonton yang dijemput khas di studio atau di mana-mana yang terdapat zon senyap di mana para kakitangan boleh menggunakannya contohnya di perpustakaan misalnya.

Jelasnya, apa yang dilakukan oleh alat ini adalah ia akan mencatat atau merekod perbualan yang dibualkan dan menghantarnya kembali kepada mereka yang bercakap dalam tempoh masa yang singkat iaitu beberapa milisaat. Dengan terhantarnya isyarat tadi kepada mereka yang bercakap, ia akan menyebabkan kekeliruan di dalam minda mereka yang secara tidak langsung membuatkan mereka tidak dapat memikirkan apa ayat yang ingin dibualkan jurus menyebabkan  mereka berhenti bercakap..



p/s: Alat ni kalau beli untuk menghentikan orang mengumpat pun boleh jugak..Secara tak laangsung boleh bantu para pengumpat kurangkan dosa kering..Hohohoho..




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...