Jom Singgah Sini =)

Monday, 13 February 2012

Manfaat Bangun Awal Pagi =D

Kebiasaan untuk bangun awal pagi ternyata memberi kebaikan kepada tubuh badan kita..Bangun pagi ni jugak baik untuk kesihatan dalam mencerminkan  bahawa kita memiliki tubuh yang lebih sihat dan kuat..Selain itu dengan bangun pagi, kita akan lebih bersedia untuk menjalani aktiviti di pagi hari.. Okay, kenapa bangun pagi baik untuk kesihatan?  

Dengan bangun pagi, kita masih boleh mendapatkan udara yang bersih, dan juga sinar matahari yang pertama yang sangat baik untuk kesihatan..Secara tidak langsung, otak kita akan kembali segar dan bersedia untuk menghadapi rutin harian dan pastinya dapat bersarapan pagi..


Macam yang pernah dikatakan oleh Benjamin Franklin, seorang pemimpin Revolusi Amerika,  ‘early to bed and early to rise, makes a man healthy, wealthy and wise‘ (tidur lebih awal dan bangun di awal pagi membuat seorang lelaki itu lebih sihat, kaya dan bijaksana), mungkin ada kebenarannya di situ..


Berikut merupakan beberapa manfaat dengan bangun di awal pagi, seperti yang petik daripada  detikHealth, iaitu:




1. Membuat fikiran menjadi lebih segar


Bangun awal pagi hari pada pukul 5 atau 6 sebelum matahari terbit dapat membuat fikiran anda menjadi lebih segar dan boleh mengurangkan stress. Keadaan ini membuatkan tubuh badan menjadi lebih sihat, serta membuat penampilan diri lebih cantik dan menawan.


2. Tidak melewatkan waktu sarapan


Sebahagian orang melewatkan waktu sarapan kerana terlewat bangun di pagi hari. Melewatkan sarapan sama ertinya macam kita menyimpan banyak penyakit, seperti diabetes, obesiti dan penyakit jantung. Tidak bersarapan juga membuat anda tidak bertenaga dan bersemangat ketika menjalani rutin harian.


3. Dapat melakukan senaman pagi


Dengan bangun pagi, anda juga memiliki waktu yang lebih untuk melakukan senaman ringan seperti berjalan kaki, yoga, latihan pernafasan, berenang, jogging dan senaman ringan yang lain.


Senaman pagi juga dapat membantu untuk mencapai dan menjaga kesihatan yang baik dan menjaga fikiran supaya tenang dan dapat mengurangkan rasa sakit dan stress. Fikiran yang sihat dan menyenangkan dapat membuat anda berfikiran positif yang pada secara tuntasnya boleh membuat hidup anda bahagia.


4. Tidak tergesa-gesa dan terburu-buru


Bangun di awal pagi bermakna membuat anda memiliki waktu yang lebih untuk anda bersedia mempersiapkan diri, termasuk urusan pekerjaan. Bangun lewat seringkali membuat anda tergesa-gesa dan terburu-buru, yang pada hakikatnya dapat membahayakan kesihatan jantung.
 
p/s: sebab tu Allah swt bagi waktu untuk kita solat Subuh, ada kebaikan untuk diri kita sebenarnya =D


* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...