Jom Singgah Sini =)

Monday, 13 February 2012

5 Minuman Yang Boleh Merampingkan Perut =D

Ada masalah dengan penampilan korang terutamanya di bahagian perut? Haa, kalau ada, apa kata kalau korang cuba minum minuman segar macam kat bawah ni..Bukan setakat menyegarkan badan je taw, tapi boleh jugak membantu korang dalam untuk merampingkan perut..Bukan susah pun, kalau nak hasil yang lebih efisien, minum sebelum korang masuk tidur, mudah-mudahan perut korang yang jauh ke depan boleh tampil menawan..Tak kisah lelaki atau perempuan, semua boleh try..So, kalau nak tahu apa jenis air yang boleh merampingkan perut tu, meh usha kat bawah ni =D

1. Air masak/suling.


Air masak/suling adalah kunci untuk menjaga berat badan. Minum air masak/suling membantu tubuh menjaga keseimbangan cairan, mengurangkan risiko kembung dan membuat anda tahan lapar untuk tempoh masa yang lebih lama. Tetapi, jika anda bosan dengan rasa air masak/suling tersebut, campurkan sedikit jeruk nipis, daun mint atau hirisan mentimun.


2. Jus Tembikai.




Sekiranya jus tembikai tidak ditambah dengan gula, asid aminonya boleh membantu mengurangkan lemak dibahagian perut. Menurut artikel di dalam Journal of Nutrition, asid arginine, yang boleh mengurangkan lemak tubuh dan membuat otot menjadi lebih kecil, termasuk otot perut. Kandungan nutrisi dan asidnya juga berfungsi dalam meningkatkan metabolisme tubuh.


3.Teh Peppermint.




Merupakan minuman penghilang haus yang sangat menyegarkan ketika cuaca panas. Fungsinya bukan hanya menghilangkan dahaga tetapi juga membantu tubuh memproses lemak dengan lebih cepat. Amalkan pengambilan teh peppermint selepas anda makan makanan berlemak tinggi seperti daging merah, kambing..


4. Nanas Frappe.




Buat jus nanas anda menjadi minuman segar sekaligus boleh membantu merampingkan perut. Caranya dengan mencampurkan dua sudu minyak biji rami ke dalam jus. Kandungan asid pada minyak biji rami terbukti boleh mengurangkan lemak perut. Sementara, nanas mengandung bromelain, iaitu enzim yang membantu memecahkan protein, sehingga memudahkan proses pencernaan dan mencegah kembung perut.


5. Teh Hijau.




Bukan setakat boleh mengurangkan risiko penyakit jantung dan kanser, pengambilan teh hijau juga boleh membantu mengurangkan lemak perut. Hal ini kerana kandungan catechin pada teh hijau yang sangat tinggi. Untuk hasil yang efisien, amalkan pengambilannya sebelum bersukan kerana akan membantu pembakaran lemak dengan lebih banyak.


p/s: apa salahnya mencuba kan, kan? =D


* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang *

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...