Jom Singgah Sini =)

Wednesday, 1 February 2012

Jam Tangan Yang Berasal Daripada Gunung Berapi..

Selalu nya, kalau barang-barang esklusif atau pun jenis yang limited edition punya akan dijual dengan harga yang mahal..Tambah-tambah pulak kalau barangan tu dibuat mengunakan bahan-bahan yang istimewa dan keadaan masa yang dipilih bagi menambahkan lagi ke-popular-an barang tu..Contohnya macam jam tangan kat bawah ni..



Eyjafjallajökull-DNA merupakan sebuah jam tangan yang cukup unik kerana binaan dalamnya menggunakan abu dan batu yang telah diletuskan oleh gunung berapi Eyjafjallajökull pada tahun 2010 yang lalu..Kerana letusan gunung berapi ni la yang menyebabkan banyak jadual penerbangan antarabangsa tergendala..


Disengajakan atau pun tidak, jam tangan ni dibuat khas bagi mempringati hari berlakunya letusan gunung berapi tersebut dengan design dalaman nya dibuat seperti permukaan gunung berapi dengan lava yang sedang mengalir keluar..Smart kan?? =D




Jam tangan khas ni jugak dikatakan hanya ada satu ja dalam dunia..Untuk membuatkan pembelinya berasa bangga, jam tangan ini juga disediakan dengan satu surat pengesahan yang mengesahkan bahawa batu dan abu yang digunakan dalam jam tangan tu memang berasal daripada gunung berapi Eyjafjallajökull =D


p/s: Jam tangan Casio pun jadi la..Nak tengok masa ja pun..huhuhuhu


* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

2 comments:

Anonymous said...

hahaah..tngk masa je..xyah nak banggakan sngt la..

Unknown said...

Bagi peminat jam tangan, sudah tentu ianya sgt berharga.. kerana nilai "masa" itu sendiri sudah sangat berharga..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...