Jom Singgah Sini =)

Tuesday, 31 January 2012

15 Ciri Wanita Yang Mudah Di Kecewakan Lelaki..

Bagi orang perempuan la kan, pernah tak korang sayang sesorang lelaki yang di anggap penting dalam kehidupan korang sepenuh hati? Misalnya, kalau korang tak jumpa setengah hari pun dah mula rasa rindu atau syak yang bukan-bukan kat pasangan korang tu? Mesti ada kan? Hehehehe..

Tapi, walau macam mana pun korang curahkan kasih sayang kat pasangan korang tu, diorang tetap menduakan korang kat belakang..Pasang skandal 2-3 orang, kerap tak mahu jumpa bila korang ajak atau dalam senyap-senyap, declare nak putus dengan korang..Kalau dah macam tu jadinya, mungkin korang ada ciri-ciri perempuan macam kat bawah ni:-



1. Korang terlalu mudah membiarkan orang baru masuk dalam kehidupan pribadi korang.


2. Korang rasa tidak percaya pada diri, minda, dan berasa tak boleh hidup sendiri.


3. Korang tahu bahawa hubungan korang bermasalah, tetapi korang biarkannya saja.


4. Hampir semua hubungan korang pada masa lalu bermasalah.


5. Korang terlalu mudah jatuh cinta dan mudah jatuh pada kata-kata manis lelaki.


6. Korang senang mendengar pujian, dan lebih senang percaya pada kata-kata daripada memerhatikan sikap seseorang.


7. Korang terlalu terbuka, dan tak segan menceritakan tentang keburukan korang pada masa lalu


8. Korang jenis orang yang emosional dan mudah menangis.


9. Korang selalu mengambil tindakan yang berlebihan dalam menyelesaikan masalah.


10. Yang pertama kali korang nilai dari seseorang adalah penampilannya.


11. Korang sering berasa takut dan kesepian.


12. Korang tergila-gilakan filem-filem berunsur drama percintaan yang mengalirkan air mata.


13. Korang cemburu buta.


14. Korang terlalu positif dan takut kehilangan pasangan korang.


15. Korang tak pedulikan kawan-kawan lain dan sering berada di sisi pasangan korang saat keluar bersama. 

p/s: Pesanan untuk korang yang perempuan tu, jangan terlampau banyak dedahkan hal-hal peribadi semasa bercinta..Silap-silap boleh digunakan oleh orang lelaki untuk mengenakan korang balik..Jaga-jaga..


* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...