- Gambar tersebut diambil oleh fotografer (Arthur Sasse) pada 14 Mar 1951 di Princeton pada hari ulang tahun Einstein yang ke-72. Foto yang lengkap (aslinya) adalah Einstein sedang duduk di kerusi belakang kereta bersama Dr. Frank Aydelotte dan isterinya.
Kenapa Einstein jelirkan lidah:
Inilah pertanyaan kebanyakkan orang mengenai foto tersebut. Sesetengah orang menganggap bahawa kalau nak bagi nampak genius, maka Einstein harus mengeluarkan lidah dengan gaya rambut yang macam tu. Hmm…itu semua hanya mitos sahaja..Kenapa Einstein jelirkan lidah:
Sebenarnya pada masa itu, Albert Einstein dan Aydelotte baru saja pulang daripada acara penghargaan kepada Einstein. Meskipun Einstein sudah duduk di kerusi belakang kereta, masih terdapat para wartawan dan jurugambar yang mengejar nya. Para wartawan ini berusaha untuk menahan Einstein, dan Einstein berteriak : “Ini cukup. Ini cukup!”.
Tapi, faham-faham la dasar wartawan, tetap nak mengajukan pertanyaan dan para juru gambar tetap mengambil gambarnya bersama rakan-rakannya. Ketika wartawan meminta supaya Einstein bersedia untuk mengabadikan foto ulang tahunnya, dengan keadaan letih dan kesal, lalu Einstein pun menjelirkan lidahnya, dengan nada mengejek. Pada masa itulah, Arthur Sasse sempat mengabadikan foto Einstein tersebut.
Mengejutkan! Einstein sendiri suka dengan foto tersebut. Dia memotong foto tersebut, sehingga hanya nampak diri dia sendiri (tidak berserta Aydelotte dan isterinya). Einstein pun memperbanyakkan foto tersebut dan dikirim kepada rakan-rakannya yang lain..
So, sekarang macam mana? Dah faham kan kenapa Einstein dok jelir lidah dalam gambar tu..Hehehehe..
p/s: Ada ke yang nak try jelir lidah macam Einstein? Tengok orang nak kata genius ka apa..Hohohoho
* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *
3 comments:
klaka la Einstein ni sebenarnye.... hehe
haha...nampak genius...mitos betul
Memang pun Enstien genius, namun ia pun manusia biasa tidak terlepas dari kesilapan " mengejek " wartawan kerana tidak hormat dia. Saya mohon share, terima kasih info.
Post a Comment