Jom Singgah Sini =)

Saturday, 11 February 2012

Beza Kartun Amerika Dengan Kartun Jepun =D

Siapa suka tengok kartun? Mesti ramai kan? Tambah-tambah pulak kalau datang pulak kartun feveret korang, perghhh, konpom-konpom la melekat kat depan TV tu dari pagi sampai ke petang..Kerja lain, haram nak buat dah..Hahahaha..

Zaman sekarang ni, bukan setakat budak-budak ja yang suka tengok kartun, orang-orang tua pun sama jugak layan sekali..Itu lah penangan kartun kalau korang nak tahu, tak kira peringkat usia, sekali kena, konpom layan sampai habis waa cakap luu..

Pernah sekali ada kawan aku tanya, apa beza kartun buatan Amerika (didominasi oleh Nickelodeon dan Cartoon Network) dengan kartun buatan Jepun (didominasi oleh TV Tokyo dan Animax) ni? Mula-mula, aku sendiri pun susah nak jawab, iyelaa, bagi aku, semua kartun ada kualiti nya yang tersendiri..Pastu, last sekali, punya la susah nak cari sampai kena minta tolong kat Lebai Google, akhirnya dapat jugak aku jawapannya..Kalau nak tahu, meh usha kat bawah ni =D

Kartun Amerika:



- Biasanya menampilkan tentang kemajuan teknologi (hal ini selari dengan Amerika yang khusus dalam membuat filem, iaitu tentang kemajuan teknologi) dan tentang perbezaan genetik (mutanisasi).
- Pembawaan watak kartun yang lebih kasar dan jarang menyerupai makhluk asalnya.
- Biasa kartunnya menggunakan unsur jenaka yang berat.
- Tidak selalu menampilkan drama dalam kartunnya.
- Sering menampilkan karakter yang unik (wujud hanya dalam khayalan).
- Lebih menonjolkan unsur kerjasama dalam cerita kartunnya.
- Lebih menampilkan unsur kebijaksanaan.


Contoh kartun Amerika yang ada: Spongebob Squarepants, X-men, Justice League,Scooby Doo, Tom and Jerry, Tiny Toon, Ben 10, Dora the Explorer, Avatar, Go Diego Go, dan lain-kain..


Kartun Jepun:




- Lebih menampilkan unsur kesederhanaan.
- Dalam pembawaannya, karakter dibuat semirip mungkin dengan watak di dunia nyata.
- Jenaka yang ditampilkan adalah jenaka ringan yang cenderung membuatkan kita ketawa.
- Sering menampilkan sesuatu yang sesuai dengan norma-norma kehidupan.
- Biasanya bercerita tentang perjuangan seseorang dalam meraih impiannya (contohnya Naruto dan Captain Tsubasa).
- Lebih menampilkan unsur emosional.


Contoh kartun Jepun yang ada : Naruto, Captain Tsubasa, Bleach, Toriko, My Mysterious Girlfriend X, Eyeshield 21, Love Hina, Doraemon, Kanokon, Bakuman, dan lain-lain.


p/s: walaupun ternyata perbezaan nya, namun kartun-kartun ini lah yang menjadi penyeri kehidupan kita..Hehehehe =D


* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...