Jom Singgah Sini =)

Friday, 10 February 2012

Mesin Untuk Orang Lelaki Rasa Pengalaman Orang Perempuan Bila Datang Haid..

Aiyarkkk..Dengar tajuk kat atas tu pun mesti korang dah rasa pelik kan? Nak ke seorang lelaki rasa pengalaman orang perempuan bila datang haid? Kalau rasa-rasa nak cuba, korang jangan risau, dengan bantuan Menstruation Machine, korang yang lelaki ni akan tahu macam mana 'feel' nya bila datang bulan..Nak tahu cerita? Meh baca kat bawah ni..Hehehehe..



Secara hormon nya, menstruasi dan dismenore (keadaan yang mulai timbul sebelum atau semasa menstruasi, mencapai puncak dalam tempoh waktu 24 jam dan setelah 2 hari ia akan menghilang) hanya dapat dirasakan oleh wanita. Tapi Hiromi Ozaki alias Sputniko (25 tahun),  pereka dari Jepun-England yang juga seorang programmer telah merancang sebuah mesin di mana membolehkan seorang lelaki merasakan pengalaman haid bulanan wanita.


Ozaki yang menuntut di Fakulti Matematik dan Ilmu Komputer Imperial College, London, memberi nama mesinnya sebagai Menstruation Machine. Menstruation Machine ini merupakan projek seni yang tercetus kerana tertarik dengan masalah bulanan yang selalu dirasakan oleh wanita iaitu datang bulan.


Dengan menampilkan rekaan dari Royal College of Art’s Design Interactions, mesin ini bertujuan untuk membolehkan lelaki merasakan pengalaman haid yang dirasakan wanita. Bagaimanapun, alat ini juga boleh digunakan oleh wanita.


Dilaporkan dari CNetNews, Khamis (2/9/2010), rekaan mesin yang berwarna perak ini secara konsep nya akan di pakai di bahagian pinggang.


Untuk menitiskan darah, rekaan ini dilengkapi dengan mekanisme blood dispensing, yang akan menitiskan sekitar 80 mililiter (2.7 auns) darah dari tangki yang menstimulasikan keadaan haid seorang perempuan untuk tempoh masa lima hari.


Rekaan ini juga menyediakan teknologi canggih seperti iPad yang akan berfungsi untuk mengawal aliran darah.


Selain itu, rekaan ini juga dilengkapi dengan elektrod stimulasi perut bawah (lower-abdomen-stimulating electrodes), iaitu mesin yang akan menstimulasikan kekejangan pada perut mirip dengan keadaan haid bulanan seorang wanita.


Menstruation Machine ini dapat digunakan oleh lelaki yang ingin merasa lebih dekat dengan wanita (misalnya ibu atau isterinya) dan pengalaman datang haid yang dirasakan mereka.


Rekaan ini juga boleh digunakan oleh wanita yang sudah tidak lagi mengalami menstruasi, biasanya proses ini hanya menjadi ritual dan dikenali sebagai identitas gender.



p/s: siap boleh rasa sakit bila datang haid lagi..Lelaki ada sapa-sapa yang nak try ke? Hehehe =D


* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...