Jom Singgah Sini =)

Thursday, 5 January 2012

Tips Menjaga Kecantikkan Kaki =D

Selalunya, bagi kaum perempuan, diorang lebih pentingkan lagi penjagaan muka dan rambut serta kecantikkan rupa diri keseluruhannya..Macam tak biasa pulak kan, kalau pergi mana-mana pun, kalau terperasan, mesti ada kelihatan mana-mana perempuan dok bermekap sana-sini..Kadang-kadang tu, muka dah cantik dah, tapi saja tambah mekap lagi, sebab kecantikkan dan perempuan memang tak boleh dipisahkan, betul tak?


Tapi, kalau setakat jaga kecantikkan bahagian yang kita nampak macam muka dan rambut tu pun tak guna jugak kalau kaki busuk berketang bau cekam..So, bagi korang yang perempuan yang mungkin ada masalah macam tu tapi malu-malu nak share dengan orang, nahh, aku dah sediakan tips penjagaan kaki untuk korang kat bawah ni..Cuba lah try tengok, mana taw kot-kot berkesan ka? =D


Tips Penjagaan Kaki:



  • Basuh dan gosok kaki anda dengan kerap dan pastikan ia sentiasa dalam keadaan lembap.
  • Untuk kaki bayi, rendam kaki mereka selama 10-15 minit dalam air sabun suam dan bilas dengan air sejuk.
  • Anda juga boleh rendam kaki anda ke dalam tab mandi dengan air suam dan sedikit juz lemon, serbuk kayu manis, minyak zaitun dan susu di dalamnya.
  • Sentiasa gunakan krim kaki yang baik dan berkualiti selepas membasuh dan mengeringkan kaki anda.
  • Setiap kali anda menggunakan pelembap atau krim pada kaki anda, elakkan kawasan antara jari kaki.
  • Gosok kaki anda terutamanya pada bahagian tumit dengan menggunakan scrubber kaki secara teratur. Ia akan membantu membuang sel-sel mati dan membuat kaki anda menjadi lebih lembut.
  • Semasa keluar pada waktu panas, jangan lupa untuk menggunakan losyen pelindung matahari di kawasan yang terdedah pada kaki anda.
  • Sentiasa pastikan kaki anda kering dan bebas dari segala bau yang kurang enak.
Dengan tips diatas, diharap lepas ni korang boleh la bagi perhatian yang sama pada kaki korang pulak..Kalau nak kelihatan cantik, biar nampak cantik dalam semua segi dari atas ke bawah..

p/s: aku ingat lepas ni aku pun nak jaga kaki jugak laa..Hehehehe =D


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...