Jom Singgah Sini =)

Monday 23 January 2012

[Pelik]: Ayam Hidup 18 Bulan Tanpa Kepala..

Ganjil bukan? Mustahil bagi sesuatu makhluk itu hidup tanpa organ atau tubuh badan yang mencukupi tambah-tambah pulak anggota badan yang hilang tu adalah kepala! Kalau tanya aku, mati hidup balik pun aku tak berapa nak percaya..Tapi, kalau itu yang telah ditetapkan oleh Allah, kita sebagai manusia kena la terima benda tu walaupun tak masuk dek akal..

Untuk pengetahuan korang, kejadian ayam tanpa kepala bermula pada 10 September 1945 atas kesilapan tuan nya melakukan penyembelihan..Oleh itu, apa yang tertinggal di bekas yang dulunya terletaknya kepala si ayam hanyalah telinga dan kebanyakan otaknya sahaja..Mungkin atas sebab tu kot ayam ni boleh hidup lagi..Gambar pasal ayam ni boleh layan kat bawah ni..





Bagi korang yang berminat nak tahu dengan lebih lanjut pasal ayam tak ada kepala ni, meh baca kat sini =D

p/s: dah macam ayam zombie pulak, kepala tak ada pun boleh jalan merata..Hehehehe..




2 comments:

Unknown said...

Abih tu..mcm mane ayam tu makan?

shuttet said...

- Mr Olsen decided he would continue to care for Mike, and was able to feed Mike a mixture of milk, water and ground up corn through his neckhole with an eye-dropper.-

macam ni la kot dia bg ayam tu makan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...