Jom Singgah Sini =)

Monday 30 January 2012

Kesalahan Peribahasa: Harapkan Pagar Atau Pegar Yang Makan Padi??

Peribahasa "harapkan pagar, pagar makan padi" telah menjadi sebati dalam kehidupan masyrakat Melayu kita, dari dahulu hinggalah sekarang..Tapi pernah tak korang perasan, yang peribahasa yang kita dok guna tu selama ni adalah salah..Sebenarnya, tiada istilah "pagar makan padi", tetapi burung pegar..Kalau nak tahu kebenarannya, meh tengok kat bawah ni..


Macam mana? Dah faham dah kesalahan peribahasa tu? Kalau ada sesetengah daripada korang yang selalu berfikir tentang masalah nak relate peribahasa ni dengan pagar, korang dah dapat jawapannya..Kesilapan dalam mentafsir ejaan jawi ke rumi..


Haa..Inilah gambar burung pegar tu, bukan pagar ekk..Kalau dalam bahasa Inggeris, bunyinya 'pheasant'..Nak tahu kenapa orang dulu-dulu pakai peribahasa guna burung pegar ni? Meh sini nak cerita..

Kalau korang nak tahu, burung pegar ni lebih kurang macam burung hantu lah gamaknya. Digunakan untuk sebagai alat kawalan biologi untuk membunuh tikus dan serangga perosak kat sawah padi. Tapi, asyik dok harapkan burung pegar ni musnahkan tikus dan haiwan perosak yang lain, burung ni makan pulak padi. Dia mengkhianati kepercayaan tuan punya sawah padi untuk menjaga sawah diorang daripada dimakan haiwan perosak; tapi dia sendiri yang jadi haiwan perosak..Memang sesuai sangat la pepatah "harapkan pegar, pegar makan padi"..

Setakat ini sahaja lah kelas perbahasa kita pada masa ni, harap jangan ada lagi yang tersalah sebut.."Pegar" dan bukan "pagar" =D

p/s: Aku pun baru terperasan sebenarnya..hehehehe


3 comments:

Unknown said...

info yg bermanfaat... :D

Muhamad Syukri Bin Awang said...

Umpama melepaskan batok di tangga.. batok tu alat mcm senduk basuh kaki.. so bukan melepaskan batuk (uhuk.. uhuk..) di tangga..

shuttet said...

tq bro..baru tahu..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...