Jom Singgah Sini =)

Monday, 30 January 2012

5 Trend Couple Negatif Remaja Kita Sekarang..

Tak dinafikan, masa remaja merupakan masa yang paling seronok dan menggembirakan buat semua orang..Malah, kalau masa boleh diputar kembali, orang yang dah tua ganyut pun teringin nak jadi muda balik, biasalah, masa remaja adalah masa untuk enjoy..Tapi kena ingat, walaupun masa remaja adalah masa yang menyeronokkan, namun masa remaja jugaklah yang menjadi masa yang paling sesuai untuk melakukan kehancuran..

Lagi pun, bercinta saat remaja merupakan saat yang paling menggembirakan dalam hidup..Kalau tengok sekarang, budak-budak sekolah rendah pun dah ada yang couple, betul tak? Benda ni memang tak boleh lari dari dunia remaja, namun masih ada fenomena@trend remaja bercinta yang negatif yang perlu kita ambil perhatian..Kalau nak tahu, meh baca kat bawah ni..

1. Hobi berpacaran di tempat gelap.

Baca topik pun dah tahu, sudah pasti mengarah ke hal-hal negatif. Dan kenyataannya memang benar, kaum remaja sekarang lebih suka bercinta di tempat yang dan sepi sehingga tidak akan ada yang mengganggu acara "bermesraan" mereka. Namun demikian di sinilah syaitan memujuk manusia untuk berbuat nista. Sedikit menyinggung kaum laki-laki, jika memang merasa ingin melakukan hubungan yang serius, bukannya lebih baik berpacaran di rumah si wanita? Dengan begitu tidak akan ada kecurigaan antara orang tua dan anak serta orang tua juga dapat memantau aktiviti anak sehingga hal-hal negatif yang ditakutkan orang tua tidak akan berlaku. Berwaspadalah dengan lelaki yang sering mengajak gadis pujaannya keluar rumah, ditakuti lelaki tersebut punya kehendak yang tidak baik.


2. Mengukir nama kekasih di lengan dengan benda yang tajam.


Mesti ngeri kan bila dengar ayat ini. Namun pada kenyataannya fenomena ini bukan lagi satu perkara yang mustahil. Banyak gadis yang mengukir nama kekasihnya di lengan mereka sebagai tanda cinta abadi. Jika difikir dengan logik dan menggunakan pemikiran ilmiah, alasan ini sungguh tak masuk akal. Bayangkan jika suatu hari nanti, hubungan keduanya berakhir, betapa sakit dan malunya si pasangan tu dapat dengan bekas ukiran nama bekas kekasih yang kekal dan melekat hingga la meninggal kelak.


3. Sepasang kekasih melukakan jari telunjuk hingga berdarah kemudian menempelkan antara satu sama lain.


Kegiatan ini bermula dengan mencucuk hujung jari telunjuk dengan benda tajam seperti tangkai kayu lancip atau pecahan kaca oleh sepasang kekasih. Ritual ini diselangi dengan ucapan janji sehidup semati dan diakhiri dengan ciuman bibir. Kalau dengar memang romantis, cara ni juga ada diselitkan dalam video klip Agnes Monica dalam lagu yang berjudul Tanpa Kekasih. Jika diulang kaji, kegiatan ini memang tak berfaedah. Belum tentu terbukti cara ini mampu mengutuhkan rasa cinta dan belum pasti pula janji mereka dapat terlaksana.


4. Hobi berpacaran di kamar.


Se-nada dengan cara bercinta negatif nombor satu, berpacaran di kamar juga merupakan cara yang aneh dalam memilih tempat bermesraan. Dan, jika tempatnya sudah di kamar pasti pemikiran negatif makin memuncak. Untuk penerangan selanjutnya, imaginasi kan lah sendiri..hehehe..


5. Mempersembahkan keperawanan sebagai tanda cinta dan kepercayaan.


Bukan lagi satu hal yang aneh apabila diketahui seorang wanita yang belum jelas ikatan pernikahannya sudah tidak lagi perawan. Mohon maaf bila menggunakan bahasa yang vulgaristik. Fenomena ini bukan lagi taboo di era ini, justeru telah menjadi trend yang perlu diambil perhatian. Usah la terpedaya dengan pujukan dan hasutan lelaki yang hanya pandai menanam janji. Wanita yang melakukan kegiatan ini juga sangatlah bodoh, memberikan 'barang' yang sangat istimewa dalam hidupnya secara percuma dan suka-suka. Bagaimana nasib bakal suaminya kelak? Kasihan..


p/s: jangan lah ada yang ikut trend bercinta macam ni..Eeiii, simpang~~


* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...