Jom Singgah Sini =)

Tuesday 6 December 2011

Woww! Rakyat Malaysia Di Tangga Ke-3 Paling Curang Di Dunia..

Wauuu..Biar betul cerita ni..Tak sangka pulak rakyat Malaysia di antara golongan negara Top 3 yang paling curang di dunia..Tapi nak kata logik tu ada jugak betul nya, selalu dalam surat khabar pun dok cerita pasal kes-kes cerai -berai yang melibatkan campur tangan orang ke-tiga..Tapi apa yang paling aku sesal kan, kenapa laa benda-benda yang tak elok ja yang selalu Malaysia pegang berada di tempat tertinggi? Kalau benda yang baik-baik tu, jauh sekali (ada tu ada, tapi tak banyak sangat)..Apa-apa hal, jom baca dulu cerita kat bawah ni..


- Rakyat Malaysia di tangga ketiga sebagai pasangan paling curang di dunia seperti yang dilaporkan oleh China Press.


Menurut tinjauan yang dilakukan, 33% lelaki di Malaysia mengaku bahawa mereka tidak jujur kepada pasangan-pasangan mereka. Negara Thailand pula 54% di tempat pertama di ikuti oleh Korea Selatan dengan peratusan 34%.


Russia dan Hong Kong di tangga ke-empat dan ke-lima dengan peratusan masing-masing 32% dan 29%.


Sebilangan 39% wanita di Malaysia juga mengaku bahawa mereka pernah mengkhianati pasangan. Dua negara di tangga teratas pula ialah Nigeria 62% dan Thailand 59%.


Wanita Russia di tangga ke-empat paling suka berlaku curang di dunia sementara Singapura di tangga ke -lima.


Tinjauan itu dilakukan oleh sebuah syarikat pengeluar kondom, Durex berdasarkan tinjauan terhadap 29,000 orang di 36 buah negara seluruh dunia.


Tinjauan itu juga mendedahkan bahawa secara purata, lelaki Malaysia mempunyai 3 orang pasangan seks sepanjang hidup manakala Hong Kong dan Singapura di tangga teratas dengan jumlah 16 orang pasangan seks sepanjang hidup. Data ini adalah yang tertinggi di Asia.







p/s: kena lah jaga suami@isteri anda elok-elok lepas ni..


* Habis SPM? Minat berniaga? Sertai Yoli sekarang!





6 comments:

Shuhaida Subri said...

Wah.. dahsyat!
Aku dulu je curang. Sekarang dah balik ke pangkal jalan dah. Hehehe

shuttet said...

camtu ke? hehehehe

The Fakhirin said...

research ni siapa yg buat?..or statement jer dia buat.

shuttet said...

tinjauan oleh Durex..

Carl Zafran said...

Mesti ada sebab yang tersendiri mengapa kekasih curang...

Tapi kalau dah dapat awek yang cantik giler dan baik serta bersopan tapi masih curang juga... Menyesal tak berkesudahan bila awek yang baik itu di kebas oleh insan yang baik... :)

Jom singgah sebentar ke blog saya...KLik Sini

Unknown said...

Aku baru jumpa entri macam ni. 33% lelaki Malaysia curang, 39% perempuan Malaysia curang. Nampak sangat perempuan Malaysia tak boleh pakai kebanyakannya. Hahah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...