Jom Singgah Sini =)

Tuesday 15 November 2011

Wajah Baru YouTube?

Sapa la yang tak kenal dengan YouTube ni kan? Aku rasa semua tahu kot, laman web jaringan video terbesar di dunia..Untuk makluman korang, pihak YouTube mungkin akan mengganti layout diorang dengan layout yang baru dan berkemungkinan besar Google+ akan menjadi bahagian terbesar dari penampilan terbaru tersebut..Buat masa ni, semuanya masih dalam perbincangan..


Yang best pasal layout terbaru ni nanti, ianya akan menampilkan Google + "share" di YouTube di mana diorang akan menggunakan Google untuk membolehkan segala maklumat dikongsi di seluruh jaringan web. Mengikut maklumat, tujuan layout baru ni dibina adalah untuk mengalahkan dominasi Facebook dalam dunia media sosial yang telah diasaskan oleh Mark Zuckerberg (target tinggi mencanak wooo)..Macam mana pun sama-sama kita tengok apa rupa layout terbaru YouTube ni nanti..Jom cekidaut =D














Blog yang pertama mendedahkan wajah baru YouTube ini adalah thenextweb.com..Kalau nak tahu lebih lanjut, korang singgah la kat sini nanti ekk =D


p/s: pening kepala nak belajar cara guna layout baru ni nanti..adoyaii =,='


* dapatkan kereta idaman anda dengan Yoli *



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...