Sapa kat sini peminat cerita Rambo? Alaa..yang pelakon dia nama Slyvester Stallone tu..Kalau ada, sila angkat keyboard anda! Huishhh..Tak payah cerita pun korang dah tahu kan macam mana hebat nya si Rambo ni..Watak Rambo ni memang terkenal dengan kehebatan dia yang boleh pergi serang kawasan musuh sorang-sorang, tak payah susah-susah nak tunggu geng ajak serang sekali..Kalau geng datang pun, time Rambo dah kasi setel semua..Memang layan habis cerita dia ni, sampai hal yang sikit-sikit pun nak ikut macam Rambo..Aku paling suka time babak dia mengamuk pegang machine gun yang tembak orang jahat perabih tu..Memang guy of destruction dia ni..hahahaha =D
Tapi itu sekadar dalam dunia filem je, kalau kat dunia nyata, agak susah sikit nak dapat level sama macam Rambo ni..Apa yang penting, first thing yang korang kena buat adalah masuk askar dan jalani latihan yang berat-berat..Kalau korang pilih nak jadi askar komando, latihan dia lebih berat lagi laa..Hanya yang kuat fizikal dan cita-cita ja yang boleh lepasi halang tersebut..Kalau korang nak tengok macam mana askar Malaysia dilatih untuk menjadi ala-ala Rambo, jom layan gambar dengan video kat bawah ni..
Amacam? Sanggup tak nak hadapi dugaan untuk menjadi Rambo? Siap dengan tak pakai baju, bercawat dan yang paling geli, kena makan biawak untuk hidup..Kalau aku, dah lama aku pergi cari kerja lain..Tengok biawak pun dah geli, belum makan lagi..Ntah apa rasa pun tak tahu laa..hehehehe =D
p/s: nak pergi layan cerita Rambo la..Marathon dari Rambo 1 sampai Rambo 4 =D
* dapatkan kereta idaman anda dengan Yoli *
No comments:
Post a Comment