Jom Singgah Sini =)

Sunday, 23 October 2011

Video: Penunggang Moto GP Maut Di Litar Sepang!

Patut la tadi time aku tengok race Moto GP kat Astro (813) petang tadi, tiba-tiba diorang tulis 'race cancelled"..Rupa-rupa nya ada kemalangan sampai menyebabkan seorang riders terkorban tadi..Baru pusingan pertama (Lap 1), dah kemalangan..Berdasarkan maklumat, riders yang kemalangan tadi mati on-the-spot kat atas litar *0*

Sapa-sapa yang beli tiket tengok Moto GP kat Litar Sepang tadi mesti rugi gila-gila punya..Iya laa, tiket punya la mahal, last-last tengok tak abis..Terasa wooo~..Antara golongan yang rugi termasuk la ayah aku..Kesian beliau, tidor tak lena la malam ni..hahahaha =D

Cerita lanjut korang boleh baca kat bawah ni :




Perlumbaan Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia 2011 dibatalkan, demikian diputuskan oleh penganjur Sepang International Circuit (SIC) dan Dorna Sports. Pembatalan acara MotoGP dibuat selepas kemalangan membabitkan penunggang pasukan San Carlo Honda Gresini, Marco Simoncelli.

Ia adalah kecelakaan besar menimpa MotoGP Malaysia di litar Sepang petang ini. Pada lap kedua penunggang pasukan San Carlo Honda Gresini, Marco Simoncelli terjatuh dan kepalanya dilanggar oleh dua pelumba lain Colin Edwards serta Valentino Rossi. Penunggang Honda itu dilaporkan meninggal dunia.

Edwards dan Rossi masih mampu bangkit. Sementara Simoncelli yang masih terkapar tak sadarkan diri dengan helmet tercabut langsung dinaikkan ke ambulans. Beliau diberitakan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala akibat dilanggar dua pelumba itu, Edward dan Rossi.

p/s: maut tak mengenal usia..Dengar cerita, Nickey Haydens pun menangis jugak mengenang kan kematian sahabat se-negara nya itu..



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...