Jom Singgah Sini =)

Saturday, 22 October 2011

Kebaikan Gaddafi Kepada Rakyat Libya..



Korang semua mesti dah tahu kan pasal kematian Gaddafi ni kan?? Beginilah nasib Gaddafi yang pada awalnya pejuang tetapi berakhir hayat nya sebagai seorang petualang. Semua jasa-jasa beliau langsung dilupakan, malah mayat beliau turut dihina..


Antara kebaikan Gaddafi untuk rakyat nya adalah:


1. Setiap rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol yang dimasukkan terus ke akaun bank masing-masing.


2. Gaddafi pernah bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi setiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Gaddafi sudah pun meninggal dunia tanpa memiliki rumah, Gaddafi serta anak dan isterinya masih duduk di dalam khemah.


3. Bank Libya tak pernah mengenakan sebarang faedah dalam urusniaga.


4. Rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma.


5. Rakyat tidak akan dikenakan sebarang bayaran untuk penggunaan elektrik.


6. Pendidikan diberikan secara percuma kepada semua golongan masyarakat.


7. Kemudahan perubatan juga diberikan secara percuma.


8. Pasangan pengantin baru akan mendapat sekali bayar berjumlah 6,000 dinar sebagai insentif perkahwinan.


9. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah.


10. Sistem pengairan dan saliran hebat yang dibina bagi membolehkan kawasan pertanian berskala besar dijalankan sekaligus mengelak rakyat negara itu daripada bergantung pada sumber asing.


11. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding negara Afrika yang lain.


12. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi hasil dari kemakmuran negara itu. 


13. Kadar celik huruf adalah 90% sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Gaddafi terhadap Raja Idris kadar celik huruf adalah 10%.


p/s: walaupun beliau dah terkorban, ingat lah secebis kebaikan yang ditinggalkan..


* jom berbisnes dengan Yoli *



2 comments:

~C-K-K~ said...

moga apa juga kebaikan yang beliau lakukan akan dihitung di akhirat kelak.. Amin~

Ku shimot said...

Ada hikmah atas segala yang terjadi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...