Jom Singgah Sini =)
Sunday, 23 October 2011
Cara Nak Perbaiki Resume Anda! =)
Kalau korang nak tahu, resume ni sangat-sangat la penting untuk sapa-sapa yang nak cari kerja..Resume ni mempunyai butir-butir penting mengenai diri dan kelayakan yang korang ada untuk proses temuduga..Kalau butir diri korang lengkap dan sempurna, peluang nak dapat pekerjaan pun tinggi..Tapi masalahnya, tak ramai orang yang tahu buat resume yang lengkap, terutamanya pada kali pertama..Aku dulu pun pernah jugak buat silap time buat resume, tak pasal-pasal kena reject..Tak apa, kali pertama la kata kan, asalkan terus berusaha dan jangan putus asa ok =)
Kali ni aku juz nak share dengan korang cara macam mana nak buat resume bagi lengkap dan sempurna..Selalu yang kita tahu, resume mesti ada nama, no I.C, alamat, no.telefon dan macam-macam lagi laa..Tapi, pasal kelayakan dan informasi tempat kerja, ada sesetengah dari kita tak tahu macam mana nak letak dalam resume..Ini punca resume jadi kacau bilau..Sapa-sapa yang nak tahu tu, boleh baca kat bawah ni..
1. First sekali, korang kena baca balik perihal kerja yang korang nak minta tu berulang-ulang kali. Buat kajian dan homework. Kalau bakal tempat kerja baru korang ada buat syarat-syarat tertentu pastikan korang kenal pasti perkataan-perkataan dan frasa yang digunakan. Takut kena tipu nanti..
2. Kemudian, korang kena tengok balik pencapaian kerja korang sebelum ni, sijil-sijil, pendidikan, dan pengalaman sama ada sesuai tak dengan kerja yang korang nak minta tu. Kalau sesuai, buat satu senarai untuk simpan maklumat tadi sebab senarai tu tadi akan jadi maklumat mentah yang korang akan tulis balik dalam resume dan cover letters nanti. Ini juz panduan tak bagi korang tertinggal satu maklumat pun dan bagi tak jadi carcamarba..
3. Pastikan, dengan jujur, korang bagitahu kelayakan sebenar korang, untuk kenal pasti sama ada kelayakan korang berguna tak untuk polisi syarikat dan sebab apa korang rasa korang layak untuk dapat pekerjaan tu..Ini penting, kalau boleh rangka dulu sebelum tulis dalam resume.
4. Last sekali, tulis balik apa yang korang dah rangka tadi dalam resume. Periksa sekali lagi kot-kot ada yang tersilap. Kalau sebelum ni korang ada buat resume terdahulu, bandingkan kedua-dua resume tu. Baru la boleh tahu kat mana yang silap tu..Kalau dah rasa puas hati, semua dah complete, boleh la guna resume tu dengan tenang hati =D
Perkara yang patut kita pertimbangkan dalam nak buat resume tu..
- Buang pengalaman kerja (kalau ada) atau kelayakan yang tidak penting dengan kerja yang korang mintak tu. Permudah kan kerja majikan yang nak ambik anda bekerja tu dengan berikan mereka kelayakan yang mereka kehendaki dari anda.
- Kenal pasti apa kelayakan penting yang perlu ada untuk menjadi pekerja majikan korang tu dan pasti kan korang ambil perhatian.
- Bayang kan korang berada dalam situasi sebagai seorang majikan dan tanya pada diri sendiri, "Apa keperluan saya yang paling besar? Apa yang paling penting untuk saya mengenai kerja ni?". Kalau ada kenalan atau mentor dalam bidang kerja yang korang nak ceburkan diri tu, tanya diorang, "Apa bahagian yang paling penting kerja anda?"
- Jika tajuk kerja anda samar-samar atau tak berkaitan dengan pekerjaan yang korang mohon, susun semula resume korang guna istilah orang biasa - makna nya disini, dengan cara yang menunjukkan bagaimana kerja korang yang terdahulu boleh diguna pakai untuk melayak kan korang dapat kerja yang korang mohon tu..
p/s: macam mana?? Agak-agak boleh aplikasi kan tak?? Ini penerangan yang aku boleh bagi seringkas boleh..Kalau yang tak paham tu, baca banyak kali ekk =)
* jom mulakan bisnes dengan Yoli *
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment