Jom Singgah Sini =)

Sunday 30 October 2011

Top 5 Negara Paling Korup..

Fuhhh..Hari ni hari minggu aku yang paling memenatkan, macam-macam kerja yang kena buat..Dah rupa jadi buruh paksa pun ada, kalah Mat Indon kontrak tu..Kesian aku hari ni..huhuhu..


Penat tu penat jugak, tapi kalau bab update blog ni, tetiba aku jadi rajin..Pelik jugak aku, hurmmm..Tapi tak pa la, selagi ada korang yang support aku, selagi tu aku tak ada hal kalau nak ber-blog..Orang berbudi, kita berbahasa, betul tak?? =)


Hari ni aku juz nak share dengan korang pasal negara yang paling korup (rasuah daa) di dunia..Negara kita, Malaysia pun tak ketinggalan dalam ranking negara-negara korup ni, tapi tak ada la sampai masuk Top 5,  itu dah seteruk bebenor dah tu..Negara kita sekarang ni kalau ikut statistik tahun 2010, dok berada di ranking ke-56 daripada jumlah keseluruhan sebanyak 178 buah negara dengan purata Corruption Perception Index (CPI) sebanyak 4.4..


Apa itu Corruption Perception Index (CPI)? Kalau korang nak tahu, CPI ni akan menilai ranking rasuah tahunan setiap negara dengan penilaian pakar dan pendapat..Setiap ranking ditentukan daripada angka 0 hingga 10 di mana angka 0 untuk negara yang paling tinggi kadar korupsi dan angka 10 untuk negara yang paling bersih dari korupsi..Apa-apa hal pun jom kita layan negara mana yang paling tinggi kadar korupsi nya..Aku tak terkejut pun, sebab negara diorang memang dalam keadaan yang cukup teruk, mungkin rasuah sahaja yang boleh diorang guna pakai untuk kelangsungan hidup..


5. Uzbekistan.




Markah Uzbekistan dalam CPI adalah sebanyak 1.6 pada tahun ini dan merupakan negara ke-5 paling korup. Dalam masa setahun, nilai CPI mereka menurun daripada 1.8 kepada 1.6..


4. Iraq




Iraq merupakan negara ke-4 paling korup di dunia dengan nilai CPI sebanyak 1.5 berbanding tahun lepas iaitu 1.3..Dengan sedikit peningkatan pada tahun ini melayakkan mereka beralih kedudukan daripada tempat ke-5 paling korup ke tempat ke-4..


3. Afghanistan.




Dengan nilai CPI sebanyak 1.4 pada tahun ini telah melayakkan mereka mendapat tempat ke-3 dalam senrai negara paling korup. Tahun lepas, negara ini hanya mendapat nilai CPI sebanyak 1.3 dan berada di kedudukan ke-2 negara paling korup..


2. Myanmar.




Myanmar telah berada di kedudukan ke-2 negara paling korup dengan nilai CPI sebanyak 1.4..Negara ini berada di kedudukan ke-3 pada tahun lepas dan beralih ke kedudukan ke-2 pada tahun ini..


1. Somalia




Somalia merupakan negara paling korup di dunia. Nilai CPI negara ini adalah sebanyak 1.1. Somalia masih memegang rekod sebagai negara paling korup semenjak tahun 2005 lagi dengan nilai CPI pada waktu itu ialah 2.1..


p/s: kita harus malu dengan negara bukan Islam seperti Denmark, New Zealand dan negara jiran kita, Singapore yang boleh menghapuskan korupsi dalam negara mereka..Negara kita, yang sering dilaung-laungkan sebagai Negara Islam bila lagi??


* jom berbisnes dengan Yoli *



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...