Serius..Bila aku fikir je pasal entri, aku mula terbayang sorang-sorang, apa jenis makanan la yang diorang ni buat dengan guna bahan-bahan yang boleh buat aku rasa geli tekak ni..Mula-mula tu, aku ingat kalau bahan dah tak berapa nak senonoh, makanan pun dah tentu la yang tak senonoh..Itu apa yang bermain di fikiran aku la, kalau korang tak tahu la fikir macam mana pulak kan..
Tapi kan, bila aku tengok ja gambar makanan tu, aku terkesima sebentar..Monolog dalaman mula memainkan peranan dengan berkata " Ehh, ini macam makanan yang aku selalu dok telan, biar betul toqq..Meh tengok sekali lagi, tak kan kot"..Bila start aku tengok dua kali, sah..Benda yang kita dok telan hari-hari yang dok terpampang kat situ..Bila fikir balik, mungkin bahan yang diorang pakai tu juz untuk kegunaan keluaran negara diorang je kot..Tapi tak boleh percaya juga 100%, mana tahu ada yang termasuk kat dalam Malaysia ni..Kalau pendatang tanpa izin yang terang-terang punya besar pun boleh terlepas sempadan masuk Malaysia, ini kan bahan-bahan makanan yang kita tak tahu mana asal nya..Apa pun, aku nasihatkan, cek label dahulu sebelum beli apa-apa produk makanan..Geli siott~~
1. Skittles dan Jellybeans
Diperbuat daripada kokon serangga yang telah dihancurkan yang dikenali sebagai "Laka@shellac", dimana telah digunakan untuk membuat lapisan dan menimbulkan kesan berkilat pada permukaan makanan.
2. Aiskrim Vanila.
Castoreum, atau dikenali sebagai rembesan dubur bercampur dengan air kencing dari sejenis binatang dikenali sebagai BEAVER. Merupakan bahan yang diluluskan oleh FDA sebagai perasa tambahan yang sering dijumpai dalam perasa vanila dan rasberry..serta dalam minyak wangi..
3. Gula
Diperbuat daripada tulang haiwan yang dibakar atau tulang char. Tulang char digunakan untuk menapis dan melunturkan warna gula mentah.
4. Jell-O.
Diperbuat daripada kolagen, iaitu tisu penghubung yang telah direbus yang biasanya boleh ditemui dalam haiwan.
5. Wendy's Chilli.
Diperbuat daripada burger yang telah luput dan silikon dioksida..atau apa yang korang belajar dalam kelas Kimia, KACA..
6. Gula-gula Getah.
Selalunya diperbuat daripada Lanolin, atau dikenali sebagai 'rembesan kambing biri-biri' untuk melembutkan campuran gula-gula getah.
7. Apa-apa yang kaler pink/merah yang korang makan.
Pewarna merah ini diperolehi dengan menggunakan serangga yang berwarna merah yang telah direbus dan dihancurkan. Bahan tersebut dikenali sebagai 'carmine'.
8. Keju Kisar.
Cellulose, yang pada asalnya adalah serbuk kayu yang digunakan untuk mengelakkan keju tersebut daripada melekat antara satu sama lain.
9. Roti.
Kebanyakkan roti komersial termasuk agen yang melembutkan doh roti yang dikenali sebagai L-Cyesteine, diperbuat daripada rambut manusia.
10. Apa-apa produk berkaitan ayam yang telah diproses.
Selalu beringat, ini lah apa yang orang maksudkan sebagai 'daging'.
p/s: mintak-mintak la kita dijauh kan daripada makan makanan daripada sumber yang syubhah..
* jom layan bisnes dengan Yoli *
18 comments:
Harap-harap macam tu jugalah..macam-macam sekarang ni musuh islam cuba nak merosakkan
supaya kita beringat dengan apa yang kita makan =)
nak copy~
silakan =)
tolong bro..jagn nak sebar2 kan fitnah.. klau setakat dapata darie mail pastu trus post, xde bukti kukuh,jgn buat keje.. dosa besa tu.. kejadah ape aiskream vanila dari dubur beaver.. vanila dari pokok vanila la.. keju dari susu.. klau ikutkan, matsalih tu lagi bersih dari org malaysia ni tau..adoi, susah ade manusia bebal camni..
aku tak sebarkan fitnah rasa nya, tapi lebih kepada maklumat dan peringatan supaya kita berhati-hati dengan apa yg kita makan..ko tak baca ke kat atas tu "aku sendiri pun tak pasti 100%"..ada aku kata benda ni betul ke? tepat 100% ke?..lg pun mana ko tahu mat salih tu bersih dr org malaysia? ko sure sangat ke? pernah makan makanan diorang ke? halal ke haram? sendiri bebal jgn nak kata org bebal pulak..bodo pnya manusia mcm ni pun ada..hahaha
dapnye2.. keh keh...
fakta2 dlm entry ni ada betol dan salah. makanan2 yg kite makan mmg ade bahan2 kimia spt yg ditulis, tp bahan2 kimia tu bukanlah dtg dr perkara2 geli spt yg ditulis. cume kandungan je same sbb bahan kimia ni kite bole hasilkan.
sy setuju dgn kip, rasenye xperlu kot post entry ni, takot2la ade insan2 yg bersikap kegelian terlampau, xmakan setahun pulak die. huhuh..
sy jugak setuju dgn kip, susah kalo ade manusia bebal kan? rasenye bole tego baik2 tp nak pilih ayat2 kontroversi ala2 azwan ali. rase nye malaysia xperlukan org2 mcm azwan ali.buat malu je.
kpd shuttet, jgn dilayankan org bebal dgn ayat2 bebal. takot2la terkena tempias bebal kat kite.
jgn sentap yeee =)
sebelum2 ni aku ada post benda makan lagi geli dari yang ni, tak dak orang kisah pun..itu lagi nyata, dengan siap masak, tunjuk semua bagai..ini entri yang aku sendiri xsure "100%" yang nak "dikatoknya"..pasal isu geli2 tu, mintak maap la, xdak niat pun aku nak bg korang sampai xmakan setahun..masing-masing ada akal cuba guna, kalau Malaysia guna produk yang ada bahan2 macam ni, so apa guna JAKIM bg sijil halal? That's mean, kalau diorang bukak bisnes makanan mcm ni kat Malaysia, diorang tertakluk dgn undang2 dan syarat2 etika pemakanan dari Malaysia..bukan main bancuh je..
kepada ainon, aku xkena tempias org bebal, pasal aku dah siap payung, lg pun tempias org bebal ni busuk waa cakap luu..hahaha..
jangan sentap =D
hadeh...tol ke ni :(
Bro tolong cari info ttg HPA. mungkin haram jugak HPA tu
saya nak copy ni boleh?
boleh =)
errr okay. ianya meloyakan :/
aku layan 'isu akidah' kat tv al-hijrah..ada kekadang kupas isu was2 pasal processed food nih ^^
eee gelinye...
kalau lah aku terrer kimia, mmg aku rase aku tanam sayur sendiri, & lepas tu jd vegetarian..sbb klw aku terrer kimia, confirm aku faham or atleast tahu term2 kimia dlm produk makanan kita yang mana stu bahaya or tak..wuwuwu
em, tp kat mana sumber kau dpt info semua ni ya? aku tahu yg psl pewarna merah tu ja, hehe
ni source link dia - http://www.buzzfeed.com/daves4/10-everyday-foods-with-disgusting-ingredients
Post a Comment