Jom Singgah Sini =)

Sunday, 30 October 2011

Aku Benci Orang Biadap!..





Hari ni memang aku geram sangat-sangat..Aku pun tak tahu pasal apa banyak sangat puak-puak kurang ajar dalam Facebook ni..Setahu aku, aku tak pernah pun buat lebih kurang dengan orang lain..Tiba-tiba, hari ni aku jadi mangsa kutukan orang lain pulak..Apa hal?? Kalau korang pun mesti korang hangin satu badan jugak kan sebab korang tak buat apa-apa pun, pastu ada orang tulis macam-macam kat korang..Panas berasap ja aku rasa..


Seriously aku cakap, aku memang hangat dengan orang perangai macam ni, mengalah kan beruk..Kau suka-suka hati kutuk orang kata orang hodoh, poyo apa semua, kau ingat kau tu lawa sangat ke..Muka  mengalahkan selipar Jepun aku lagi, bajet lawa apa oii..Ini la apa orang cakap busuk hati, perangai tak senonoh..Orang dulu-dulu pernah kata, biar muka tak lawa tapi hati mahu elok..Tapi yang ni dua-dua hodoh, tak ada apa yang elok pun, memang hancing wa cakap luuu~~


Bukan apa, aku juz nak korang berhati-hati dengan kelaku orang macam ni, biar tak jadi kawan pun tak apa, asalkan jangan dapat kawan yang berhati tengik macam ni..Mau merana seumur hidup korang nanti..Orang jenis macam ni mana hirau perasaan orang lain..Main sedap je nak tulis apa dia nak, sampai kat Wall Post, Status dengan Photo Comment aku pun dia tibai..Apa yang dia hangin dengan aku pun tak tahu..Kalau korang rasa dia kena hack, itu pandangan masing-masing, tapi aku memang terasa dengan orang macam ni..Sensitif woo~~







Aku rasa budak ni tak cukup kasih sayang family kot atau tak pernah ada orang puji dia sebelum ni..Sebab tu senang-senang je nak kutuk orang poyo apa semua..Kalau aku poyo pun, aku bukan kacau hal dia, yang dia nak sakit hati tu kenapa? Ada mental disorder ke? Kalau korang yang teringin nak 'melawat' minah ni boleh la klik kat sini (malas aku nak tulis nama dia..heee~~)..


p/s: Aku tak suka cari pasal, tapi orang pun jangan la cari pasal dengan aku, kesabaran orang ada had nya jugak, jangan cuba lepasi batasan tersebut..So, jaga la perasaan dan hati orang lain sama..Happy selalu =) =)


* jom layan bisnes dengan Yoli *



2 comments:

Fisialo de Alfonso said...

aku pn baran baca komen tu...gila hapa...haram x kenai pn...tetiba ja nak tibai camtu...

DIARI SEORG GADIS said...

biasa la bro.. org cmtu.. ad je bnda xpuas hti dgn org.. sbr je la bro.. :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...