Jom Singgah Sini =)

Monday, 20 February 2012

Iklan Bahaya Rokok Pada Bungkusan Rokok Di Seluruh Dunia..

Bagi korang yang perokok tegar tu, kalau korang perasan, mesti ada nota tentang bahaya menghisap rokok kat kotak rokok korang kan..Alaa, yang macam kat bawah ni..Ada tak?


Okay, bagi korang yang tak perasan tu, mungkin amaran tu hanya berbentuk tulisan semata-mata dan tidak menggambarkan keadaan sebenar akibat menghisap rokok macam yang ada sekarang ni..Untuk pengetahuan korang, penilaian terakhir yang telah dilakukan oleh United State Surgeon General, AS, menunjukkan ada 10 jenis kanser yang disebabkan oleh rokok. Mereka juga mendapati, lelaki yang merokok akan meninggal 13.2 tahun lebih muda berbanding mereka yang bukan perokok. Sedangkan wanita yang meokok akan meninggal 14.5 tahun lebih muda..


Disebabkan kajian tersebut, banyak negara sekarang ni mewajibkan iklan atau amaran bahaya rokok secara bergambar pada kotak-kotak rokok di negara mereka termasuklah kitq, Malaysia..Kalau nak tahu apa rupa amaran bahaya rokok bergambar kat negra lain, meh usha kat bawah ni..
























Macam mana? Ada rasa ngeri atau takut-takut ke? Kalau tak ada, korang memang hati kering, sanggup tanggung risiko..Agak sesuai dengan kata-kata Socrates -“False words are not evil in themselves, but they infect the soul with evil.”

p/s: Katakan "Tak Nak" pada rokok! =D



* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *



[Pelik]: Ada Sindrom Lidah Berbulu..

Hmmm..Aku rasa ini la kot kali pertama aku dengar pasal sindrom lidah berbulu ni..Setakat yang aku tahu, bulu tak pernah tumbuh kat lidah melainkan di seluruh tubuh badan kita itu pun kecuali kat mata, mulut, tapak tangan dan kaki, serta kuku..So, kalau korang nak tahu apa tu sindrom lidah berbulu, meh usha kat bawah ni..


Sindrom lidah berbulu (Hairy Tongue Syndrome) atau lingua villosa nigra adalah suatu keadaan dimana ada pertumbuhan papila filiform (bagian menonjol pada selaput yang berlendir di bahagian atas lidah) berlebih pada permukaan dorsal lidah.


Lidah berbulu adalah salah satu istilah yang tidak tepat dalam dunia kedoktoran gigi. Lidah berbulu tidak benar-benar menyifatkan adanya bulu atau rambut pada lidah.


Permukaan lidah yang sihat adalah nampak lembut. Papila yang tumbuh biasanya hilang dalam jangka waktu yang teratur. Namun, kadang-kadang papila ini cenderung tumbuh tapi tidak mau menghilang, dan muncul membentuk alur pada permukaan lidah. Alur ini sering menimbulkan tanda akibat terdapat bakteria atau kegiatan lain yang membuat warna lidah menjadi hitam.


Namun, lidah berbulu juga dapat muncul dalam beberapa warna iaitu coklat, putih, hijau, merah muda, atau salah satu dari berbagai corak bergantung pada etiologi spesifik dan faktor sekunder, misalnya penggunaan ubat kumur berwarna, gula-gula getah, atau gula-gula mint.




Sumber: MelayuKini.net

p/s: Mesti ada yang tengah tengok lidah sendiri kan..Hehehehe =D


* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

Sunday, 19 February 2012

5 Reka Bentuk Surat Khabar Terbaik Dunia..

Surat khabar merupakan alat penyebar maklumat yang paling digemari suatu ketika dahulu..Namun, populariti surat khabar sekarang ni kalau kita tengok kelihatan semakin merudum dari semasa ke semasa akibat daripada perkembangan medium penyebar maklumat yang lebih maju iaitu Internet..

Jadi, bagi menyaingi kemajuan era Internet sekarang ni, pemilik-pemilik akhbar di seluruh dunia mula mereka bentuk semula surat khabar harian mereka bagi mengelakkan kerugian..Oleh itu, The Society For News Design baru-baru ini telah mengumumkan senarai 5 suratkhabar paling menarik didunia daripada segi persembahan mereka berbanding surat khabar lain di dunia..


Kalau nak tahu apa rupa 5 suratkhabar yang dinobatkan sebagai pemegang reka bentuk terbaik tu, meh usha kat bawah ni..


Excelsior, Mexíco City, Mexíco
Cir. 75,000 – 174-999 (Daily)

Frankfurter Allgemeine Sonntagszeitung, Frankfurt am Main, Germany
Cir. 175,000 & over (Non-Daily)

The Grid, Toronto, ON, Canada
Cir. 25,000 – 74,000 – 74,999 (Non-Daily)

Politiken, Copenhagen, Denmark
Cir. 75,000 – 174-999 (Daily)

National Post, Toronto, ON, Canada
Cir. 75,000 – 174-999 (Daily)


Kalau nak tengok komen juri, boleh baca kat sini.

Sumber: WartaSubhi

p/s: aku harap reka bentuk surat khabar macam ni boleh kat diperhebatkan di Malaysia sebab secara umumnya kebanyakan surat khabar telah bertukar ke arah tabloid dan meninggalkan fesyen lama suratkhabar yang besar dan lebar..


* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

Cara Basuh Kemaluan Dengan Cara Yang Betul Sesudah Membuang Air Kecil..

Kebersihan merupakan perkara yang amat dituntut dalam Islam..Sekiranya tidak diamalkan dan dipraktikkan dengan betul, segala ibadah yang kita lakukan tidak akan diterima oleh Allah..Bukan setakat tu saja, tak pasal-pasal dengan dosa pun kita kena tanggung sekali..So, kalau nak tahu macam mana nak basuh 'anu' dengan cara yang betul, meh baca kat bawah ni..



Bagaimana mencuci kemaluan dengan betul?

Lelaki:

Selepas membuang air kecil, disunatkan berdehem 2 atau 3 kali supaya air kencing betul-betul sudah habis keluar. Lepas itu, urutlah kemaluan dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran. Kemudian basuhlah dengan air sebersihnya.


Wanita:


Apabila membasuh kemaluan, pastikan dicuci bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih. Bukan dengan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu.


Kenapa penting untuk kita membersihkan kemaluan dengan betul?


Ramai orang merasakan diri mereka cukup bagus dengan banyak amal ibadah, bersedekah dan lain lain, tetapi masih tidak terlepas dari azab api neraka.


Saidina Abu Bakar pernah hendak menyembahyangkan mayat seorang lelaki tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan lelaki itu. Lalu disuruh orang membukakannya. Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala kemaluan mayat lelaki itu.


Saidina Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk membunuhnya. Tetapi ular itu tiba-tiba berkata-kata. Katanya ”Apakah salahku kerana aku diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan”. Setelah diselidiki amalan lelaki itu semasa hayatnya, jelas dia merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya setelah selesai membuang air kecil.


p/s: dekat dunia pun dah kena azab yang dasyhat, kalau kat akhirat entah macam mana..Betul atau tak cara kita selama ni, marilah kita sama-sama betulkan supaya diri kita bersih dan suci..


Sumber: SedakaSejahtera

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

Saturday, 18 February 2012

Planet Terpanas Di Alam Semesta Ditemui..

Baru-baru ni pihak NASA telah mengumumkan yang pihak mereka telah menemui sebuah planet yang paling panas di alam semesta..Dikatakan, suhu kepanasan planet ini melebihi suhu bintang-bintang yang ada dalam galaksi kita ni..Nak kata melebihi suhu Matahari tu tak tahu la pulak..So, kalau nak tahu cerita dengan lebih lanjut, meh baca kat bawah ni..



Ahli astronomi yang terlibat dalam projek Super Wide Angle Search for Planets (SuperWASP) telah berjaya menemui planet terpanas yang dikenali sebagai WASP-33 b. Suhu planet tersebut mencapai 3,200 darjah Celcius, lebih panas daripada suhu beberapa bintang.


Salah satu sebab yang menyebabkan panasnya suhu planet itu adalah suhu bintang induknya yang juga panas. Ahli astronomi mengatakan, suhu bintang induk planet itu adalah setinggi 7,160 darjah Celsius, lebih tinggi daripada suhu matahari yang "hanya" 5,600 darjah Celsius. Jarak antara planet ini dengan bintangnya juga hanya 7 peratus jarak planet Mercury ke Matahari.


Kewujudan planet itu telah diketahui sejak tahun 2006 yang lalu namun baru dapat dipastikan pada tahun 2010. Dikatakan, planet tersebut tergolong dalam sejenis planet gas dengan kapasiti kurang dari 4.1 kali kapasiti Jupiter.


Kajian tentang planet ini diketuai oleh Alexis Smith dari Universiti Keele di Stafordshire, England. Berdasarkan kajian, ahli astronomi juga mengetahui bahawa waktu peredaran planet ini sangat singkat, iaitu hanya 29.5 jam.


~ Dr. Drake Demming ~

Drake Demming dari Goddard Space Flight Center NASA di Greenbelt, Maryland yang tidak terlibat dalam penyelidikan ini mengatakan, "WASP-33 b boleh membantu ahli astronomi mengkaji planet panas yang ciri-cirinya masih lagi misteri."


Hal yang boleh dipelajari misalnya ada planet yang berorbit dekat dengan bintangnya yang memiliki lapisan atmosfera luar lebih sejuk dari lapisan dalamnya. Ini mengejutkan kerana planet tersebut seperti "dipanaskan" dari luar.


Deming mengatakan, fakta itu ada kaitan dengan wujudnya keadaan asas karbon yang mengubah cara atmosfera memberi respons kepada radiasi. Keadaan kimia tertentu boleh terbentuk akibat sinar ultraviolet dari bintangnya.


"Ini pasti akan menjadi planet yang ingin anda lihat. Ini adalah peluang yang sangat baik untuk kita mengkaji planet yang mengorbit pada bintang yang terlalu panas," ucap Deming dalam sebuah sesi wawancara dengan majalah New Scientist.

p/s: keajaiban alam semesta..Mungkin ada banyak lagi planet lain yang lebih di luar sana yang lebih panas daripada Matahari..Walla'hualam..


* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

12 Jenis Perempuan Single..Korang Tergolong Dalam Yang Mana Satu? =D

Perempuan yang berstatus single sering menjadi rebutan para lelaki, di tambah pula dengan paras rupa yang ayu dan bentuk badan yang menggiurkan, sapa yang tak nak kan? Tapi, bila korang nak 'ayat' je, perempuan tu kata, dia tak nak kapel-kapel ni, jadi single lagi syiokk..Apa perasaan korang time tu? Marah? Kecewa?..Haa, nanti dulu..Korang jangan terus nak marah je, ada sebab kenapa diorang nak stay single-mingle..Kalau nak tahu, meh baca kat bawah ni..



- Satu penelitian telah pun dilakukan oleh Michelle Cove, seorang penulis dengan mewawancarai lebih daripada 100 perempuan. Beliau cuba untuk menentukan apa yang menjadi keinginan dan impian para perempuan tersebut. Setelah selesai wawancara tersebut, beliau pun menyimpulkan keinginan dan impian para perempuan tersebut dalam 12 kategori iaitu:

1. Pencari Teman Hidup.


Perempuan jenis ini percaya bahawa setiap orang memiliki belaian jiwa dan ia akan melakukan apa saja untuk bertemu jejaka pilihannya. Sayangnya, kadang-kadang mereka terlalu fokus untuk mencari jejaka yang tepat sehingga menyebabkan para jejaka lain terpaksa menunggu untuknya.


2. Bangkit Semula.


Mereka yang baru saja mengakhiri hubungan yang menyakitkan akan melakukan apa saja yang boleh dilakukan untuk bangkit dari hubungan terdahulu dan menjadi lebih baik. Mereka tidak menyesali apa yang terjadi dan berusaha mengambil hikmah dari semua peristiwa yang terjadi.


3. Tak Peduli.


Perempuan seperti ini lebih suka membiarkan hidupnya berlalu begitu saja. Dia lebih suka hidup sendiri daripada memburu lelaki dengan berbagai cara. Bila akhirnya dia bertemu jodoh, hal itu hanya akan terjadi secara kebetulan.


4. Menunggu


Mereka percaya dengan kisah-kisah dongeng, di mana para perempuan menunggu untuk "diselamatkan" oleh seorang putera. Perempuan macam ini yakin dimana pada suatu saat akan ada lelaki yang mampu mengambilnya dan mereka memilih menunggu kehadiran jejaka tersebut.


5. Bebanan Kahwin


Seumur hidupnya, dia memuaskan keinginan dirinya untuk meraih kepuasan, sama ada dalam karier, pergaulan, mahupun pencapaian lainnya. Ketika akhirnya mereka berasa sudah sampai waktunya mencari calon suami, mereka akan menghentikan sahaja segala aktiviti yang menjadi keutamaannya.


6. Bebas


Perempuan pada kategori ini selalu khuatir disebabkan mereka harus memilih antara hidup sendiri dan berkomitmen. Biasanya, mereka akan memilih hidup sendiri, tetapi bebas menentukan arah hidupnya.


7. Ingin berkahwin


Perempuan ini biasanya akan berkhayal tentang suatu pernikahan setelah seumur hidupnya tidak memikirkan konsep pernikahan. Hal ini biasanya didorong oleh suatu peristiwa besar yang membuka fikirannya bahawa sesuatu yang diyakininya ternyata tidak tepat.


8. Pembelot


Perempuan yang tak lagi ingin hidup dengan cara yang sama yang dijalani komunitinya meskipun dulunya dia juga mengamalkan gaya hidup tersebut. Dia ingin menemui cara yang sesuai dengan pilihan hatinya meskipun itu bererti dia harus meninggalkan kawan-kawannya.


9. Ingin Perbezaan.


Perempuan yang ingin berkahwin, tetapi juga merasakan kekuatan untuk menjalani suatu pernikahan yang tidak konvensional. Perbezaann itu biasanya bermula sejak penentuan konsep pernikahannya.


10. Menjadi ibu


Perempuan jenis ini selalu berfikir, suatu ketika nanti dia pasti akan menjadi seorang ibu. Namun, dia berharap tidak ada orang lain yang mendesaknya agar segera merealisasikan harapannya itu. Bahkan, kadang-kadang dia sebenarnya akan berasa tidak patut berkahwin untuk mempunyai anak.


11. Lambat dan mantap


Perempuan jenis ini, mungkin juga seperti kebanyakan perempuan lainnya, berharap berkahwin pada waktu yang tepat. Sementara itu, dia akan berusaha sekuat tenaganya untuk tidak menghiraukan segala desakan atau tekanan dari kawan-kawan atau keluarganya untuk segera berkahwin.


12. Perintis


Perempuan jenis ini berasa kehidupan pernikahan tidak sesuai untuknya. Maka, dia akan cuba mencari cara baru untuk mendapatkan kebahagiaan.

p/s: Setiap orang pasti memiliki kategori yang tersendiri kerana secara tuntasnya, jalan hidup setiap orang memang berbeza =D

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

Friday, 17 February 2012

6 Rahsia Tentang Disney Dan Disneyland..

Siapa yang tak kenal dengan Disney & Disneyland ni kan? Kebanyakkan masa sewaktu kita kecik-kecik dulu sering diwarnai dengan kartun-kartun buatan Disney ni..Sapa yang kata tak pernah tengok kartun Disney ni memang pembohong besar la waa cakap luu, sebab aku pun time kecik-kecik dulu pun dok layan kartun diorang jugak..Hehehehe..

Selalunya watak-watak feveret aku dalam kartun Disney ni adalah Goofy, Pluto The Dog, Donald Duck (sebab perangai kedekut dia) dan Simba dalam cerita Lion King..Rasa macam nak je cari balik CD-CD lama cerita kartun Disney ni balik..Rindu gila saat 'budak-budak' dulu..Hohoho..

Tapi, untuk pengetahuan korang, di Disneyland, terdapat 6 rahsia gelap yang tak pernah diketahui orang luar selama ni..Mungkin antara rahsia sulit pihak Disney kot, entahlah, tapi kalau nak tahu apa rahsia tu, meh baca kat bawah ni =D



1. Terowong Di Bawah Disneyland.



Terowong ini cukup besar untuk dilalui kenderaan, dan sering digunakan oleh badut-badut Disneyland untuk mengakses ke suatu taman khusus untuk memakai kostum mereka (kostum Mickey, Goofy, Donald Duck dan lain-lain). Akses laluan ini tersebar di seluruh Disneyland, tetapi kebanyakkan orang tidak pernah perasan akan kewujudan terowong tersebut.


2.Main Street Illusion




Semua bangunan di Main Street di Magic Kingdom dan Disneyland, dibina dengan menggunakan garis perspektif, membuatnya nampak seolah-olah Main Street berada jauh ketika anda berjalan ke arah istana Disneyland, dan membuatnya nampak sangat dekat bila anda ingin keluar dari Disneyland. Jendela di tingkat dua semuanya dibina jauh lebih kecil berbanding jendela di tingkat pertama, dan semakin dekat anda ke arah istananya, bangunan-bangunan nya akan menjadi semakin kecil (kalau siapa yang pernah buat gambar perspektif mesti faham).


3. Hidden Mickeys




Ini mungkin perkara yang paling terkenal diantara semua rahsia Disney. Jika anda belum pernah mendengar tentang Hidden Mickeys, ia merupakan kepala mickey yang tersebar di serata tempat/lokasi yang dibuat/direncanakan oleh Walt Disney. Ada banyak laman web sebelum ni yang cuba untuk menjelaskan tentang lokasi Hidden Mickey, tapi tidak banyak yang tahu di mana tempat-tempat itu. Mereka berada di setiap atraksi Disney, di filem-filem Disney, yang dibentuk oleh bangunan dan taman kalau dilihat dari udara, akan berbentuk seperti Mickey, dan di tempat lain yang tidak pernah anda bayangkan.

4. X-Rated Fun




X-Rated ni bukan rating, tetapi disebabkan oleh banyak video dalam filem Disney yang memiliki rahsia kotor yang tersembunyi di dalamnya. Yang paling terkenal adalah penis tersembunyi dalam istana Little Mermaid, dan perkataan "sex" yang terbentuk dari debu dalam filem Lion King. Ada juga di patung Walt Disney yang terletak bersebelahan dengan Mickey Mouse - kalau dilihat dari sudut bersebelahan, korang nampak tak apa yang terkeluar dekat patung Walt Disney tu?..Cuba tengok gambar kat atas tu balik..


5. Flash Mountain.




Maksudnya di sini, terdapat suatu tempat di Disneyland namanya Splash Mountain dimana terdapat satu kamera dipasang berdekatan dengan tempat di Splash Mountain tersebut. Kamera ini kononya adalah untuk menangkap foto ekspresi-ekspresi wajah orang, padahal itu adalah kamera X-Ray yang gunanya adalah untuk menangkap foto bahagian kulit orang - jadi orang yang gambarnya ditangkap akan kelihatan seperti tidak memakai pakaian - hati-hati kalau korang pergi kat sini ekk..


6. Tiada Kematian Di Disneyland.




Saya tidak yakin sama ada ini benar atau tidak, tetapi khabarnya belum pernah ada orang yang meninggal di Disneyland (padahal dalam Wikipedia kata ada). Sebenarnya, jika ada seseorang meninggal di Disneyland, mereka akan dikira meninggal saat mereka tiba di hospital - bukan di Disneyland.


p/s: Misteri betul Disneyland dengan kisah-kisah rahsia diorang ni..Tapi apa ada hal, aku nak layan kartun jee..Hehehehe =D


* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...