Jom Singgah Sini =)

Friday 17 February 2012

6 Rahsia Tentang Disney Dan Disneyland..

Siapa yang tak kenal dengan Disney & Disneyland ni kan? Kebanyakkan masa sewaktu kita kecik-kecik dulu sering diwarnai dengan kartun-kartun buatan Disney ni..Sapa yang kata tak pernah tengok kartun Disney ni memang pembohong besar la waa cakap luu, sebab aku pun time kecik-kecik dulu pun dok layan kartun diorang jugak..Hehehehe..

Selalunya watak-watak feveret aku dalam kartun Disney ni adalah Goofy, Pluto The Dog, Donald Duck (sebab perangai kedekut dia) dan Simba dalam cerita Lion King..Rasa macam nak je cari balik CD-CD lama cerita kartun Disney ni balik..Rindu gila saat 'budak-budak' dulu..Hohoho..

Tapi, untuk pengetahuan korang, di Disneyland, terdapat 6 rahsia gelap yang tak pernah diketahui orang luar selama ni..Mungkin antara rahsia sulit pihak Disney kot, entahlah, tapi kalau nak tahu apa rahsia tu, meh baca kat bawah ni =D



1. Terowong Di Bawah Disneyland.



Terowong ini cukup besar untuk dilalui kenderaan, dan sering digunakan oleh badut-badut Disneyland untuk mengakses ke suatu taman khusus untuk memakai kostum mereka (kostum Mickey, Goofy, Donald Duck dan lain-lain). Akses laluan ini tersebar di seluruh Disneyland, tetapi kebanyakkan orang tidak pernah perasan akan kewujudan terowong tersebut.


2.Main Street Illusion




Semua bangunan di Main Street di Magic Kingdom dan Disneyland, dibina dengan menggunakan garis perspektif, membuatnya nampak seolah-olah Main Street berada jauh ketika anda berjalan ke arah istana Disneyland, dan membuatnya nampak sangat dekat bila anda ingin keluar dari Disneyland. Jendela di tingkat dua semuanya dibina jauh lebih kecil berbanding jendela di tingkat pertama, dan semakin dekat anda ke arah istananya, bangunan-bangunan nya akan menjadi semakin kecil (kalau siapa yang pernah buat gambar perspektif mesti faham).


3. Hidden Mickeys




Ini mungkin perkara yang paling terkenal diantara semua rahsia Disney. Jika anda belum pernah mendengar tentang Hidden Mickeys, ia merupakan kepala mickey yang tersebar di serata tempat/lokasi yang dibuat/direncanakan oleh Walt Disney. Ada banyak laman web sebelum ni yang cuba untuk menjelaskan tentang lokasi Hidden Mickey, tapi tidak banyak yang tahu di mana tempat-tempat itu. Mereka berada di setiap atraksi Disney, di filem-filem Disney, yang dibentuk oleh bangunan dan taman kalau dilihat dari udara, akan berbentuk seperti Mickey, dan di tempat lain yang tidak pernah anda bayangkan.

4. X-Rated Fun




X-Rated ni bukan rating, tetapi disebabkan oleh banyak video dalam filem Disney yang memiliki rahsia kotor yang tersembunyi di dalamnya. Yang paling terkenal adalah penis tersembunyi dalam istana Little Mermaid, dan perkataan "sex" yang terbentuk dari debu dalam filem Lion King. Ada juga di patung Walt Disney yang terletak bersebelahan dengan Mickey Mouse - kalau dilihat dari sudut bersebelahan, korang nampak tak apa yang terkeluar dekat patung Walt Disney tu?..Cuba tengok gambar kat atas tu balik..


5. Flash Mountain.




Maksudnya di sini, terdapat suatu tempat di Disneyland namanya Splash Mountain dimana terdapat satu kamera dipasang berdekatan dengan tempat di Splash Mountain tersebut. Kamera ini kononya adalah untuk menangkap foto ekspresi-ekspresi wajah orang, padahal itu adalah kamera X-Ray yang gunanya adalah untuk menangkap foto bahagian kulit orang - jadi orang yang gambarnya ditangkap akan kelihatan seperti tidak memakai pakaian - hati-hati kalau korang pergi kat sini ekk..


6. Tiada Kematian Di Disneyland.




Saya tidak yakin sama ada ini benar atau tidak, tetapi khabarnya belum pernah ada orang yang meninggal di Disneyland (padahal dalam Wikipedia kata ada). Sebenarnya, jika ada seseorang meninggal di Disneyland, mereka akan dikira meninggal saat mereka tiba di hospital - bukan di Disneyland.


p/s: Misteri betul Disneyland dengan kisah-kisah rahsia diorang ni..Tapi apa ada hal, aku nak layan kartun jee..Hehehehe =D


* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...