Jom Singgah Sini =)

Sunday, 22 January 2012

Cara Guna Carian Google Yang Betul - Khas Untuk Pelajar Sekolah & Universiti..

Bagi korang yang masih lagi bersekolah atau menuntut di mana-mana institusi pengajian tinggi, mesti korang pernah berhadapan masalah bila guna Google time nak buat assignment kan? Selalunya, apa yang korang cari tak sama dengan apa yang korang tulis kat dalam search engine tu, betul tak? =D

Bagi yang suka buat assignment saat-saat akhir tu, mesti kerja nak copy paste je kan, tapi macam mana bahan yang korang nak copy tu tak sama dengan kehendak korang..Serius cakap, mesti ada sampai tahap yang korang maki hamun dan moody je pasal benda-benda macam ni..Biasalah, aku pun student jugak, sedikit sebanyak, aku faham situasi macam tu sebab aku pun pernah jadi macam tu..Hehehehe..

Jadi, bagi memudahkan kerja korang nak buat assignment yang banyak gedabak tu, meh tengok cara yang telah disyorkan oleh pihak Google ni sendiri..Harap lepas ni, janganla ada assignment yang dok bertimbun-timbun lagi narhh..Hohohoho..

klik sini untuk gambar besar =)

p/s: jangan guna untuk cari benda-benda tak senonoh pulak =,='



Gaya Tidur Bayi Yang Tidak Sesuai..



Entri kali ni mungkin sesuai untuk korang yang ada anak kecil kat rumah..Selalunya, anak kecil ni akan tidur se-bilik dengan ibu bapa nya..Tapi, pernah tak korang perasan yang gaya tidur anak kecil korang tu sesuai atau pun tidak dalam peringkat umurnya nak membesar tu? Bagi korang yang pernah terlepas pandang atau mengamalkan cara tidur anak kecil yang tak betul tu, boleh la tengok balik gambar-gambar kat bawah ni..Mana tahu, ada yang buat cara salah macam tu..Kesian kat anak korang nanti =)


















p/s: Keselesaan anak ketika tidur itu penting bagi mengelakkan tangisan di waktu malam =D


* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *


Saturday, 21 January 2012

Teknologi Selepas iPad - iPoo Toilet =D



Ini mungkin kelihatan janggal dan pelik didengar bagi kebanyakkan peminat produk Apple..Walau pun iPoo hanya sebagai konsep visual semata-mata, namun tak mustahil idea ni boleh dikeluarkan suatu hari nanti..Hehehehe..


Untuk pengetahuan korang, iPoo merupakan konsep sebuah tandas yang bercirikan reka bentuk logo Apple..Fungsi tandas Apple adalah sama dengan fungsi tandas yang sedia ada..Beza nya adalah reka bentuk yang agak segar dan bergaya..Untuk itu, korang perlu berterima kasih kepada pereka Milos Paripovic kerana telah mengubah gaya berak anda dan ada kelas nya yang tersendiri..Hahahaha =D




Bagi membolehkan korang tak berasa bosan dan sunyi ketika sedang sibuk mencangkung nak melepas, korang juga boleh guna aplikasi iPoo dalam iPhone atau Android korang..Sapa yang berminat, boleh download kat sini..Aplikasi iPoo ini merupakan rangkaian sosial manusia yang bosan ketika melepas..Korang boleh tulis mesej, melukis grafiti, mendapat mata dan lencana, lihat apa yang orang lain posting ketika korang tengah dok sedap melabur..Keh..Keh..Keh..Keh..


Check tengok berapa orang tengah berak..




Boleh conteng pintu jamban..




Jangan terkejut..Siap ada follower kumpul taik lagi..Hahahaha =D




Meh usha video kat bawah ni pulak..





p/s: jangan ada yang ter-ON pulak webcam iPhone korang time tengah dok 'melabur' juta-juta kat dalam tu..Naya ja orang nampak nanti..Hehehehe


* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

Tips Mengelakkan Kentut Berbau..

Buang angin atau bahasa stendet yang kita selalu dok guna, kentut merupakan satu aktiviti yang sering kita lakukan, tambahan pula, ia menyihatkan tubuh badan kita secara semula jadi..Walaubagaimana pun, terdapat masalah berkaitan dengan kentut ni iaitu masalah pengeluaran bau dan bunyi yang kurang menyenangkan..Ramai antara korang mesti terfikir kan macam mana nak cover masalah-masalah macam ni bila dok dalam kalangan orang ramai, betul tak? Hehehehe..


Proses kentut ni berlaku apabila makanan yang dicernakan dalam tubuh membentuk gas yang berlebihan di dalam badan..Sedangkan, bau-bauan yang 'harum' ni pulak dikeluarkan atas sebab beberapa faktor..Salah satunya adalah disebabkan sisa makanan yang tersimpan lama di usus besar yang menyebabkan masalah bau kentut ni timbul..Tapi jangan risau, masih ada cara untuk  kita halang masalah ni daripada berlanjutan..Kalau nak tahu, meh baca kat bawah ni =D

1. Elakkan makanan yang mengandungi banyak lemak. Makanan tinggi dengan lemak akan menghasilkan sejumlah besar karbon dioksida dan beberapa diantaranya akan dikeluarkan dalam bentuk gas.

2. Kurangkan jumlah udara yang anda telan. Hindari daripada berbicara dan ketawa sambil makan, kerana perilaku seperti ini akan menyebabkan anda menelan udara berlebihan.

3. Makan dan minum dengan perlahan. Kunyah makanan anda dengan baik.

4. Elakkan daripada mengambil makanan pedas secara berlebihan.


5. Kurangkan pengambilan minuman yang bersifat masam seperti kopi, teh, minuman bersoda dan alkohol.

6. Melakukan aktiviti fizikal juga boleh membantu sistem pencernaan berfungsi dengan baik.

7. Elakkan daripada aktiviti merokok.

8. Pengambilan karbohidrat dalam kuantiti yang banyak dalam diet anda juga boleh menyebabkan masalah kentut berbau.

Harap lepas ni korang tak ada dah la masalah berkaitan kentut ni ekk..Tapi jangan pulak buat pedajal kentuh kat celah-celah orang..Hehehehe..



p/s: Selamat mencuba =D


* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *



Friday, 20 January 2012

Ibu Segala Gajet - Fujitsu Lifebook 2013

Betul la apa yang orang cakap selama ni, teknologi makin lama makin maju dan tak mustahil pada tahun 2013 nanti akan ada "sekumpulan" gajet macam ni..Nampak simple dan futuristik bukan? =D

Aku rasa mungkin lepas ni sapa-sapa yang gila gajet tu tak payah lagi nak beli gajet yang diorang nak tu secara berasingan..Beli ja Lifebook yang dah tentu diorang compiled-kan sekali..Macam beli banyak barang dengan satu harga je la kan? Ada laptop, kamera, smartphone dan tablet..Hehehehe..

Baiklah, untuk pengetahuan korang, Lifebook ni telah di ilhamkan oleh Prashant Chandra, seorang warga India..Walaupun Lifebook ni tak dikeluarkan lagi, tapi aku rasa dengan idea saja pun, mesti ramai yang tunggu gajet ni keluar..Sebab mendiang Steve Jobs pernah cakap, "Pelanggan tak akan tahu apa yang dia nak sehingga la ditunjukkan apa yang dia nak"..Jadi, bagi korang yang minat dengan Lifebook ni, boleh la mula kumpul duit sekarang =D






p/s: mula nak cari duit lebih..Hehehehe




Thursday, 19 January 2012

Jom Uji Berapa Sihatkah Minda Korang =D

Haa..Hari ni aku nak buat ujian minda sikit..Agak-agak korang la kan, korang rasa minda korang sihat tak atau dengan kata lain tak banyak sangat memikirkan perkara-perkara yang negatif? Bagi yang rasa yakin dengan keadaan minda diorang tu, boleh la cuba ujian kat bawah ni nanti..Bagi yang tak berapa nak yakin pun boleh cuba jugak..Kita tengok berapa cepat korang boleh selesaikan masalah potongan ayat kat bawah ni..Hehehehe =D




Fikir masak-masak dulu..Adakah jawapan korang tepat?


Kalau dah yakin dengan jawapan masing-masing, meh tengok jawapan sebenar kat bawah ni..

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v




Haa..Sapa yang dok fikir jawapan yang bukan-bukan tu, baik jaga-jaga..Hehehehe =D

p/s: sekadar hiburan semata-mata =D

Cinta Tragik: Lelaki Thai Sanggup Kahwin Dengan Mayat Teman Wanita..

Sedih pulak bila baca cerita pasal mamat Thailand sorang ni..Demi cinta sejati, dia sanggup bernikah@kahwin dengan mayat teman wanita dia tu..Mengikut artikel yang aku baca kat WorldMustBeCrazy, yang pengantin lelaki tu nama nya Chadil Deffy, 28 tahun dan teman wanita dia yang mati tu bernama Sarinya Kamsook, 29 tahun memang dah rancang nak berkahwin tak lama lagi..Namun, nak di jadikan cerita, berlaku satu kemalangan yang menyebabkan kematian teman wanita nya itu sehari sebelum majlis perkahwinan berlangsung..Sedih bukan?? =(

Kalau kat negara kita, perkahwinan macam ni memang tak boleh dijalankan sebab bertentangan dengan hukum agama dan budaya masyarakat kita walau pun korang sayang sangat-sangat kat pasangan korang yang dah meninggal dunia tu..Kita kena ingat, itu lumrah kehidupan, setiap benda yg hidup pasti ada mati nya, jadi, redha sahaja dengan ketentuan Allah..Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian..Sentiasa optimis dengan Allah =)

Apa pun, meh layan gambar perkahwinan diorang kat bawah ni..






Bagi korang yang nak tahu lebih lanjut mengenai cerita cinta diorang ni, meh baca kat sini - WorldMustBeCrazy

Sumber asal: ThaiNews

p/s: Kalau kat Malaysia ada majlis kahwin dengan mayat ni memang orang kata gila la jawabnya..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...