Jom Singgah Sini =)

Saturday 21 January 2012

Tips Mengelakkan Kentut Berbau..

Buang angin atau bahasa stendet yang kita selalu dok guna, kentut merupakan satu aktiviti yang sering kita lakukan, tambahan pula, ia menyihatkan tubuh badan kita secara semula jadi..Walaubagaimana pun, terdapat masalah berkaitan dengan kentut ni iaitu masalah pengeluaran bau dan bunyi yang kurang menyenangkan..Ramai antara korang mesti terfikir kan macam mana nak cover masalah-masalah macam ni bila dok dalam kalangan orang ramai, betul tak? Hehehehe..


Proses kentut ni berlaku apabila makanan yang dicernakan dalam tubuh membentuk gas yang berlebihan di dalam badan..Sedangkan, bau-bauan yang 'harum' ni pulak dikeluarkan atas sebab beberapa faktor..Salah satunya adalah disebabkan sisa makanan yang tersimpan lama di usus besar yang menyebabkan masalah bau kentut ni timbul..Tapi jangan risau, masih ada cara untuk  kita halang masalah ni daripada berlanjutan..Kalau nak tahu, meh baca kat bawah ni =D

1. Elakkan makanan yang mengandungi banyak lemak. Makanan tinggi dengan lemak akan menghasilkan sejumlah besar karbon dioksida dan beberapa diantaranya akan dikeluarkan dalam bentuk gas.

2. Kurangkan jumlah udara yang anda telan. Hindari daripada berbicara dan ketawa sambil makan, kerana perilaku seperti ini akan menyebabkan anda menelan udara berlebihan.

3. Makan dan minum dengan perlahan. Kunyah makanan anda dengan baik.

4. Elakkan daripada mengambil makanan pedas secara berlebihan.


5. Kurangkan pengambilan minuman yang bersifat masam seperti kopi, teh, minuman bersoda dan alkohol.

6. Melakukan aktiviti fizikal juga boleh membantu sistem pencernaan berfungsi dengan baik.

7. Elakkan daripada aktiviti merokok.

8. Pengambilan karbohidrat dalam kuantiti yang banyak dalam diet anda juga boleh menyebabkan masalah kentut berbau.

Harap lepas ni korang tak ada dah la masalah berkaitan kentut ni ekk..Tapi jangan pulak buat pedajal kentuh kat celah-celah orang..Hehehehe..



p/s: Selamat mencuba =D


* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...