Jom Singgah Sini =)

Monday 21 April 2014

[Gila] Remaja 16 Tahun Menyorok Di Dalam Tempat Tayar Kapal Terbang Selama 5 Jam, Terselamat..

Terdapat pelbagai cara untuk seorang menyeludup masuk ke dalam kapal terbang secara haram tanpa dapat dikesan..Namun, bagi seorang remaja berusia 16 tahun ini, dia amat bernasib baik kerana terselamat selepas menyorok di bahagian dalam tempat simpanan tayar kapal terbang selama 5 jam..Nak tahu apa yang berlaku, meh usha kat bawah ni..

Walaupun menderita akibat kesejukan dan kekurangan oksigen, seorang remaja berusia 16 tahun telah terselamat selepas bertindak menyeludup dirinya sendiri di dalam sebuah kapal terbang yang dalam perjalanan dari California ke Hawaii selama 5 jam. Remaja itu dikatakan berbuat demikian selepas berlakunya pertengkaran dengan ahli keluarganya di San Jose. Selepas perjalanan merentasi Lautan Pasifik dengan ketinggian 11,500 meter, dia akhirnya tiba di Lapangan Terbang Maui tanpa sebarang kecederaan semasa keluar dari tempat persembunyiannya.

"Budak lelaki itu bernasib baik kerana masih hidup," kata seorang jurucakap FBI. Menurut pihak syarikat penerbangan berkenaan, remaja itu ditemui selepas pesawat telah mendarat di landasan. Remaja itu turut tidak mempunyai sebarang kad pengenalan padanya. Rakaman kamera keselamatan di San Jose telah menunjukkan bahawa remaja berkenaan memanjat pagar di lapangan terbang sebelum menyeludup masuk ke dalam pesawat.

"Keutamaan kami sekarang ialah remaja berkenaan telah ditemui dalam keadaan selamat dengan nasib yang luar biasa," kata jurucakap Hawaiian Airlines. Menurut jurucakap FBI lagi, remaja berkenaan telah pun diperiksa dari segi perubatan dan tidak mempunyai sebarang kesan pada kesihatannya. Remaja lelaki berkenaan akan ditempatkan di pusat kebajikan kanak-kanak - AP


Video:


p/s: Perghhh!! Berani siott!

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...