Jom Singgah Sini =)

Tuesday 29 April 2014

[Gempak] IBM Perkenalkan Muka Depan Majalah Paling Kecil Di Dunia =D

Penghasilan muka depan yang menarik untuk majalah merupakan sesuatu yang sangat penting dalam strategi pemasaran bagi menarik minat dan perhatian pembeli kepada isu-isu baru yang diketengahkan..Namun, bagaimana pula dengan muka depan majalah yang bersaiz nano? Yakni yang terkecil di dunia? Haa, kalau nak tahu, meh usha kat bawah ni..

Pihak National Geographic Kids dan IBM telah memperkenalkan muka depan majalah yang terkecil di dunia, iaitu lebih kecil dari saiz garam. Pengumuman itu dibuat di USA Science and Engineering Festivals di Washington D.C. Ia juga telah memegang gelaran rasmi sebagai muka depan majalah paling kecil di dunia, seperti yang dinyatakan pihak Guinness Book of World Records.

Gambar muka depan majalah berkenaan adalah salinan skala kelabu bagi majalah National Geographic Kids, di mana tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Melihat imej berkenaan pada mikroskop biasa akan menghasilkan imej kabur muka depan majalah berkenaan. Untuk melihatnya dengan lebih jelas, anda perlu menggunakan mikroskop elektron.

Tidak seperti pencetak 3D tradisional, IBM menggunakan pencetak khas nano untuk imej yang paling kecil. Hujung pencetak silikon perlu berada pada suhu kira-kira 1,000 darjah Celcius yang boleh mengewapkan inden dakwat pada kedalaman yang berbeza-beza. Sudah tentu, ciri-ciri bagi setiap piksel pada imej yang diimbas juga boleh berubah-ubah.

Hujung pencetak nano adalah lebih kecil dari hujung mata pensel, dan ia digunakan bagi menyiapkan muka depan majalah 3D ini. Ia mengambil masa selama 10 minit mencetak muka depan majalah National Geographic Kids berkenaan, yang kini merupakan muka depan majalah terkecil di dunia.


P/S: Perghhhh!! Kecik gilaaa!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...