Jom Singgah Sini =)

Wednesday, 19 March 2014

[Hebat] Zenvo ST1: Kereta Super Pertama Keluaran Denmark =D

Kereta super berjenama dunia seperti Lamborghini, Ferrari, Maseratti, Porshe dan yang lainnya mempunyai para peminatnya yang tersendiri terutamanya dari negara pengeluarnya sendiri..Kini, Denmark juga tidak ketinggalan dalam mencipta kereta super pertama keluaran negara itu untuk turut bersaing dengan jenama-jenama besar dunia..Nak tengok apa rupa kereta berkenaan, meh usha kat bawah ni..

Orang-orang Denmark kini boleh dilihat sebagai satu masyarakat yang gilakan kereta berkuasa tinggi. Dengan terciptanya kereta keluaran negara mereka sendiri ini, mereka akan pastikan jentera hebat yang bernilai lebih US$1 juta ini mempunyai kuasa kuda yang lebih tinggi berbanding Bugatti Veyron.

Zenvo ST1 merupakan kereta super pertama keluaran Denmark dan telah dipamerkan buat pertama kalinya di Dubai Motor Show pada lewat 2013. Zenvo merupakan syarikat automotif kereta super yang telah diasaskan pada tahun 2004 dan bertujuan untuk menjadi suatu jenama terkenal dalam industri automotif kereta super pada masa akan datang. 

Model pertama mereka, ST1 mempunyai enjin berkuasa 1,104 kuasa kuda dan 1,054 paun per kaki tork, semuanya dari enjin V8 6.8 liter yang mempunyai kedua-dua "supercharged dan turbocharged."

Enjin yang berkuasa tinggi ini mampu memecut kereta dari 0-62 mph dalam masa 3 saat serta mempunyai kelajuan tertinggi sebanyak 223 mph.

Kereta super ini akan dilancarkan secara rasminya pada bulan hadapan di Geneva Motor Show dan akan mempunyai tag harga sebanyak US$1 juta.


p/s: Hebatkan..Malaysia bila pulak nak buat brand kereta super sendiri? =D


2 comments:

::MaEstrO aMaD:: said...

bukan dulu ade kes hina nabi kan denmark ni..hummm

shuttet said...

rasanya lah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...