Bagi kebanyakkan pengguna komputer, masih ada yang belum mahir malah terkial-kial semasa menaip papan kekunci..Namun, bagi lelaki ini, kemahiran menaipnya bukan terletak pada tangannya tetapi pada hidungnya sehingga mampu mencipta rekod dunia..Nak tahu macam mana lelaki ini melakukannya? Meh usha kat bawah ni..
Mempunyai satu rekod dunia mungkin kelihatan tidak mencukupi bagi sesetengah orang. Mohammed Khurshid Hussain adalah salah seorang daripadanya. Lelaku berusia 23 tahun ini telah memegang rekod sebagai penaip terpantas dengan catatan masa sebanyak 3.43 saat. Catatan masa berkenaan adalah rekod yang dilakukannya dengan jari, kini dia telah melakukan rekod baru dengan hidungnya pula.
Misi ini berbunyi sangat mudah - iaitu dengan menaip perkataan "Guinness World Record telah mencabar saya untuk menaip ayat ini menggunakan hidung saya dalam masa yang paling cepat" dengan menggunakan hidungnya dalam masa yang paling cepat. Rekod sebelum ini telah berjaya dicatat oleh seorang warga India, Neeta dengan catatan masa sebanyak 1 minit 33 saat.
Walaupun rekod sebelum ini nampak sukar untuk ditewaskan, namun Encik Hussain telah berjaya menyelesaikan cabaran dengan margin yang cukup besar. Encik Hussain telah berjaya mencatat rekod dunia baru dengan catatan masa sebanyak 48.62 saat. Menurut Encik Hussain, "Jika anda mahu mencipta rekod, setiap saat adalah dikira."
Dalam masa itu, dia sebenarnya masih menunggu sijil Guinness World Record untuk rekodnya sebelum ini iaitu dengan catatan masa sebanyak 53.44 saat dan telah mengalahkan rekodnya sendiri semasa berbuat demikian. "Kali ini saya menaip dengan menutup hanya sebelah mata, kerana ia amat sukar untuk mencari kekunci. Ini adalah percubaan kedua saya untuk memecahkan rekod itu. Awal bulan lepas, saya menaip perkataan dengan hidung dalam masa 53.44 saat dan saya masih lagi belum menerima sebarang sijil pengesahan."
Pengesahan untuk sesuatu percubaan memecahkan rekod mengambil masa selama 4 bulan. Di sini, Encik Hussain telah membuktikan bahawa hanya kerana anda menunggu sesuatu rekod untuk disahkan, tidak bermakna anda tidak boleh memecahkan rekod lain semasa proses menunggu.
Video:
p/s: Perghh!! Hebat la brader ni! =D
* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *
1 comment:
Wahh kagumlahh
Post a Comment