Jom Singgah Sini =)

Wednesday 12 February 2014

The Gelmerbahn: Kereta Api Bukit Paling Curam Di Eropah Dengan Kecerunan Sebanyak 106 Peratus =D

Bagi anda yang pernah menaiki kereta api bukit di Bukit Bendera, Pulau Pinang pasti berasa gayat dengan kecerunan bukit terutamanya sewaktu dalam perjalanan turun ke bawah..Tetapi, laluan di Bukit Bendera tidak dapat menandingi laluan seperti di The Gelmerbahn..Nak tahu kenapa, meh usha kat bawah ni..


Laluan kereta api bukit di The Gelmerbahn terletak kira-kira 6,000 kaki dari paras laut ke Tasik Gelmer yang terletak di Bern, Switzerland. Apa yang membuatkan para pelancong berasa kecut perut adalah kecerunan curamnya sebanyak 106 peratus, lebih curam berbanding mana-mana laluan kereta api bukit di sekitar Eropah. 

Kebanyakkan kanak-kanak yang menaiki kereta api bukit ini berasa tidak takut sama sekali, malah mereka berasa seronok dan menjadi sesuatu yang mampu merangsang adrenaline. 

Laluan di cerun The Gelmerbahn ini telah dibina pada tahun 1926 bagi membantu mempercepatkan pembinaan empangan di Tasik Gelmer. Ia kemudiannya di ubahsuai dan ditukar kepada kereta api penumpang bagi tujuan pelancongan pada tahun 2001.


p/s: Gayat-gayat pun, tapi permandangan tu betul-betul menenangkan hati =D


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...