Jom Singgah Sini =)

Tuesday 11 February 2014

[Menarik] Power Bank Dengan Saiz Terkecil Di Dunia =D

Power Bank atau alat pengecas mudah alih sememangnya menjadi alat yang wajib dimiliki terutamanya bagi mereka yang kerap menggunakan gajet-gajet elektronik seperti telefon pintar, MP3, iPad dan lain-lain lagi..Dengan adanya Power Bank, anda tidak perlu lagi risau sekiranya gajet anda kehabisan bateri disaat anda memerlukannya..Namun, tahukah anda terdapat Power Bank terkecil di dunia? Haa, kalau nak tahu, meh usha kat bawah ni..


Berukuran sekitar 3.3 cm x 2.3 cm x 1.3 cm (setengah inci tebal, 1.3 inci panjang dan 0.9 inci lebar) alat pengecas bateri mikro, Devotec ini adalah sumber tenaga kecemasan yang perlu berada di tangan anda pada setiap masa. Saiznya yang kecil juga boleh dijadikan hiasan kunci (key-chain) dan walaupun tidak mempunyai kapasiti simpanan tenaga yang tinggi, ia boleh membekalkan tenaga yang secukupnya bagi mengekalkan gajet anda beroperasi untuk beberapa ketika.

Dengan kuasa bekalan sebanyak 220mA, ia boleh mengekalkan gajet anda untuk beroperasi selama 20 ke 30 minit masa bercakap. Bateri ini juga mempunyai tiga lampu penunjuk LED yang akan memberi isyarat sama ada bateri telah dihidupkan, sedang mengecas ataupun sedang dicas sepenuhnya. Bateri ini juga mempunyai butang "ON/OFF" dan boleh menyimpan caj selama sebulan sekiranya tidak digunakan.

Walaubagaimana pun, dari segi reka bentuknya, ia tidak boleh digunakan untuk mengecas iPhone dan iPad, tetapi tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengecas gajet-gajet lain yang menggunakan perisian Android seperti Samsung, LG, Sony, Motorola, Nokia dan juga Blackberry.

Bateri kecil ini juga tidak disertakan dengan sebarang wayar penyambung USB bagi tujuan mengecas kerana kebanyakkan pengguna sudah mempunyai wayar penyambung USB mereka sendiri semasa membeli gajet elektronik mereka.

Bateri ini boleh dibeli melalui Firebox pada harga £24.99 (USD$41.00). Lazimnya, pada harga ini, anda akan memperolehi set Power Bank yang besar dan berat. Sekiranya tidak digunakan, boleh sahaja diaplikasi sebagai hiasan kunci yang menarik.


p/s: Comelnya (n_n)

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

1 comment:

nurmisnan said...

Comelnya.. tggu shuttet sponsor kak nora lah.. hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...