Artis yang berasal dari New York ini iaitu Jon Burgerman membuat kejutan kepada pembaca blognya apabila dia memuatnaik gambarnya yang kelihatan seolah-olah seperti ditembak dengan keadaan yang berlumuran darah serta berlatar belakangkan sebuah poster filem-filem terkini.
Darah berkenaan hanyalah grafik yang ditambah kemudiannya dengan menggunakan komputer sebelum dikongsi di dalam Internet. Dikenali sebagai 'Head Shots', ia bertujuan bagi memberi kesedaran kepada kita bagaimana iklan filem sekarang ini mampu menggalakkan keganasan secara langsung.
Memberitahu kepada media, "Ia adalah kepercayaan saya bahawa melalui kaedah menarik, tindakan kreatif, seni mampu bertindak sebagai agen untuk mengubah dunia dengan mudah. Matlamat dengan imej tembakan di kepala hanya untuk membuatkan orang melihat dan menilai semula jenis-jenis poster iklan yang sukar untuk kita elakkan di tempat awam." Ironinya, imej-imej ini telah ditolak oleh sebuah akhbar di UK kerana dianggap terlalu ganas.
p/s: Woahhh! Kreatif 0.0
No comments:
Post a Comment