Seorang pereka laman web, Robert Fink yang berasal dari Portland, Oregon telah mencipta sebuah permainan video yang mengambil masa 5 bulan untuk disiapkan dengan dibantu oleh dua rakan dari SuperGenius Studios untuk tujuan melamar kekasihnya, Angel White.
"Saya merahsiakannya dengan mengatakan bahawa SuperGenius, syarikat majikan saya sedang membangunkan projek game dengan menggunakan platform pixel yang mudah. Saya juga telah memberitahunya yang dia juga perlu menguji permainan video tersebut, untuk memeriksa kualitinya."
Seperti yang dikutip New.com.au, "Angel juga telah diberi beberapa permainan video yang lain untuk diuji sebelum 'tertipu' dengan sesi ujian palsu permainan video baru, Knight Man: A Quest for Love. Untuk mengelakkan Angel berasa sangsi dan ragu-ragu, Fink telah membuat satu soal selidik penguji mengenai permainan video tersebut, meletakkan kamera reaksi muka dan rakan-rakan yang akan bertanya soalan mengenai prestasi permainan video yang sedang diuji di syarikat mereka."
Video:
p/s: Untung laa dapat boyfriend yang sweet macam ni..Hehehe
* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *
1 comment:
Kemain kreatif. Huhu.
Post a Comment