Jom Singgah Sini =)

Monday, 30 December 2013

[Hebat] Silic: T-Shirt Kalis Air Dan Mampu Bersih Dengan Sendirinya =D

Bagi mereka yang risau dan sering menjadi mangsa kebasahan akibat hujan dan kemalangan yang melibatkan air serta tumpahan makanan, kini sudah ada jalan penyelesaiannya..Sejenis T-shirt yang dinamakan Silic ini merupakan sejenis pakaian yang kalis air dan mampu dibersihkan dengan sendirinya..Nak tahu apa jenis pakaian tersebut, meh usha kat bawah ni..

Pakaian unik ini merupakan projek yang diusahakan oleh KickStarter dan diberi nama sebagai 'Silic T-shirt'. Ia direka kerana pada setiap hari, pakaian yang sering dipakai sering terdedah kepada pelbagai keadaan yang mampu merosakkan fabrik. Ancaman terbesar sering datang dalam bentuk benda yang kita makan dan minum. Oleh itu, Silic mampu mengekalkan anda sentiasa bersih.

Pakaian ini juga diperbuat dari bahan istimewa iaitu Hydrophobic Nanotechnology yang memberikan ia kesan kalis air dan sentiasa bersih. Sekiranya anda berpeluh, ia akan menyejat dengan sendirinya ke udara dan tidak diserap oleh pakaian. Pakaian ini boleh didapati dalam dua warna iaitu putih dan hitam. 

Bagi anda yang berminat untuk tahu dengan lebih lanjut, boleh singgah ke sini - 




Video:

p/s: Tak boleh nak basuh dengan air, entah macam mana punya bau tak tahu la..

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...