Jom Singgah Sini =)

Wednesday, 20 November 2013

[Video] Wanita Ini Implan Perhiasan Berbentuk Hati Di Dalam Matanya *0*

Bagi kebanyakkan wanita, menjaga wajah agar kelihatan cantik bagaikan telah menjadi satu kemestian..Oleh itu, tidak hairanlah jika ada di antara mereka yang sanggup menghabiskan wang untuk mendapatkan rawatan dan menjalani pembedahan agar kelihatan cantik..Namun, bagi seorang wanita, dia sanggup mengimplan sejenis perhiasan berbentuk hati di dalam matanya untuk kelihatan menawan..Nak tahu? Meh usha kat bawah ni..



Berikut adalah perlakuan yang telah menyebabkan perbualan hangat, di mana wanita ini telah membuat sesuatu di luar jangkauan akal manusia normal iaitu dengan memasang implan berupa barang perhiasan platinum ke dalam matanya.

Lucy Luckayanko yang menetap di New York telah mengimplan berbentuk berbentuk hati yang 'comel' yang  berukuran 3.5mm, secara kekal yang diletakkan di atas bebola putih mata kanannya.

Prosedur terbaru yang dianggap 'cool' ini dikenali sebagai perhiasan Safesight. Proses menjalani prosedur ini menelan kos kira-kira US$ 3,000, tetapi nilai untuk beberapa minggu mengalami pendarahan pada mata adalah nyata tidak ternilai.

Menurut Dr. Emil Chynn, pengarah perubatan di Park Avenue Laser Vision, "Bagi saya, ini adalah satu cara untuk memajukan sains oftalmologi." Katanya lagi, dia akan memulakan prosedur dengan menyuntik lidocaine untuk memberi kesan kebas pada kawasan tersebut.

"Saya akan memasukkan spekulum, iaitu jenis kecil bagi menjaga mata anda agar sentiasa terbuka," kata beliau. Kemudian, Dr Chynn akan membuat insisi kecil di mana barang perhiasan itu akhirnya akan diletakkan.

"Saya akan mengambil gunting dan membuat insisi kecil dan cuba untuk membahagikan poket di antara sclera - bahagian putih mata anda - dan konjunktiva, bahagian yang jelas pada mata anda, dan ia hanya akan kekal di sana," katanya.

Video:
New York News

p/s: Macam-macam la cara nak bagi nampak cantik tu, sampai menyakitkan diri sendiri =,='

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...