Jom Singgah Sini =)

Sunday 24 November 2013

Kucing Kena Potong Kaki Dalam Kenangan - Hero a.k.a Iyo

Bagi anda yang pernah terbaca mengenai kucing berkaki dua yang dinamakan Hero ini pasti berasa sedih apabila mengenang nasibnya yang malang..Kini, kucing malang ini hanya tinggal kenangan apabila telah disahkan pergi buat selama-lamanya..Bagi anda yang tidak tahu, meh usha kat bawah ni..

Ikon DK, 

 "Terima kasih, Papa" 

Mungkin itulah yang boleh kita bayangkan dengan melihat gambar ini.

Daripada mula ia dijumpai dengan keadaan yang menyedihkan, dipotong kedua belah kakinya hanya kerana mencuri ikan di restoran. Namun, sengsaranya dibela oleh seorang hamba Allah yang bernama Mohd Hairey (Papa Hero), dengan merawatnya sehingga sembuh, membesarkan dengan penuh kasih sayang, serta menjadikan ia semangat untuk terus membela nasib kucing-kucing terbiar diluar sana.

Sehinggala baru-baru ini Hero di sahkan menghidapi "Leukemia". Dan ia telah pergi selamanya meninggalkan kita dengan seribu satu Kenangan Terindah terutama buat keluarga Papa Hero....


Aku yang lemah tanpamu 
Aku yang rentan karena 
Cinta yang tlah hilang darimu 
Yang mampu menyanjungku

Selama mata terbuka 
Sampai jantung tak berdetak 
Selama itu pun
Aku mampu tuk mengenangmu 
Darimu… 
Kutemukan hidupku 
Bagiku… 
Kau lah cinta sejati 

Bagiku engkau lah cinta sejati 

Bila yang tertulis untukku 
Adalah yang terbaik untukmu 
Kan ku jadikan kau kenangan 
Yang terindah dalam hidupku 

Namun takkan mudah bagiku 
Meninggalkan jejak hidupku 
Yang tlah terukir abadi 
Sebagai kenangan yang terindah.... 

Kumpulan Admin-admin Dunia Kucing dan fans Dunia Kucing ingin merakamkan ucapan terima kasih kerana membela nasib kucing sepertinya dan bersabar di atas kehilangan satu satunya "Hero" yang tabah dalam meneruskan kehidupannya. - Dunia Kucing



Kami baru dapat tahu tentang pemergian HERO (Iyo) untuk selama-lamanya. Ini benar-benar meruntunkan hati seluruh rakyat Malaysia yang mengetahui akan kisah kucing yang pernah dizalimi hingga kehilangan dua kaki hanya kerana mencuri ikan ini tetapi akhirnya mendapat kasih sayang yang sangat hebat tuannya yang prihatin hingga ke akhir hayatnya. Selamat tinggal HERO.

Video:

Sumber: Pakat-Pakat Kalih

p/s: Hidupmu penuh derita, Moga kau aman di sana ~ Selamat Tinggal HERO!

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

1 comment:

Munira Yaakop said...

Kasihan....apepun hero smpat rsa kbhgian sblm dia prgi. Sedih plak huuu :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...