Jom Singgah Sini =)

Wednesday 9 October 2013

13 Selebriti Terkenal Yang Pernah Hidup Gelandangan Sebelum Menjadi Popular =D

Perjalanan hidup merupakan satu cabaran yang amat sukar ditempuhi, hanya yang kuat sahaja yang akan berjaya..Bagi mereka yang pernah merasai apa itu kesusahan, sudah tentu mereka akan memahaminya termasuk golongan selebriti terkenal yang pernah hidup gelandangan sebelum mencapai puncak kepopularitian..Nak tahu siapa selebriti tersebut, me usha kat bawah ni..

1. Halle Berry
Selebriti ini pernah tidur di tempat perlindungan di New York City untuk beberapa minggu pada usia 21 tahun apabila ibunya enggan memberinya duit poket.

2. Drew Carey
Dia pernah tinggal di dalam kereta.

3. Charlie Chaplin
Pelakon filem bisu ini pernah tinggal di jalan-jalan di London selepas ibunya meninggal dunia dan ibunya mempunyai masalah mental semasa zaman kanak-kanaknya.

4. Kelly Clarkson
Penyanyi jelita ini pernah tinggal di dalam kereta dan tempat perlindungan bersama rakan sebiliknya apabila apartmen mereka terbakar pada hari tersebut.

5. Daniel Craig
Pelakon utama filem James Bond ini tidur di atas bangku taman di London ketika masih bergelut untuk meneruskan kehidupan sebelum menceburi dunia lakonan.

6. Benjamin Franklin
Bapa pengasas negara bangsa Amerika ini pernah melarikan diri dari rumahnya di Boston pada usia 17 tahun dan menuju ke Philadelphia dengan berjalan kaki dan menaiki bot.

7. Harry Houdini
Ahli silap mata terkenal ini pernah meninggalkan rumah ketika berusia 12 tahun dan mengembara dari Wisconsin ke Missouri dan kemudiannya ke New York City, tidur di jalanan, berkhemah di luar dan pusat perlindungan.

8. Jewel
Wanita ini pernah tinggal di dalam van Volkswagen ketika berusia 18 tahun.

9. Phil McGraw "Dr. Phil"
Pernah tinggal di dalam kereta bersama ayahnya semasa zaman kanak-kanak, dan akhirnya berjaya mendapatkan sebuah bilik di YMCA pada kadar US$5 seminggu.

10. Jim Morrison
Penyanyi yang terkenal dengan lagu "Please Don't Stop The Rain" ini pernah tinggal di atas bumbung, dalam kereta dan di bawah dermaga di Pantai Venice.

11. William Shatner
Pelakon 'Star Trek' ini pernah tinggal di bahagian belakang lori dan tidur di atas padang dan pantai.

12. Sylvester Stallone
Pelakon 'The Expandables' ini tinggal di stesen bas Port Authority selama tiga minggu sehingga membuat persembahan pada tahun 1970.

13. Shania Twain
Penyanyi ini pernah tinggal di tempat perlindungan orang gelandangan di Toronto pada tahun 1979 ketika berusia 14 tahun bersama ibu dan adik-beradiknya.

p/s: Nak berjaya bukan senang, nak susah pun bukan susah..



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...