Bagi kebanyakkan orang lelaki, mencari peneman hidup yang cantik dan menawan sudah pasti menjadi satu kemestian..Namun, tahukah anda bahawa golongan wanita yang paling cantik di dunia terdiri dari kaum wanita dari suku Pashtun? Haa, kalau nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..
Suku Pashtun adalah salah satu suku di Afghanistan. Populasi mereka terletak di wilayah timur dan selatan negara yang penuh konflik ini. Dan, gadis suku Pashtun memang memiliki kriteria yang disebut-sebut sebagai golongan gadis tercantik dunia.
Ciri-ciri utama yang terdapat pada mereka adalah mata yang besar dan berhidung mancung. Mata mereka sangat mempesona seolah-olah ia mampu menyihir seseorang untuk terus menatap wajah mereka.
Wanita dalam suku Pashtun sendiri mendapat kedudukan yang sangat mulia . Perempuan bagi kaum mereka, bagaikan bunga yang mesti dilindungi dan umpama harta yang paling berharga dalam keluarga.
“Mereka sangat menjunjung tinggi kedudukan wanita seolah-olah wanita itu adalah harta yang paling berharga.” Bahkan, orang Pashtun akan berasa sangat malu sekiranya anggota keluarganya terlihat oleh orang luar selain ahli keluarga sendiri.
Walaubagaimana pun, tetap ada beberapa wanita Pashtun yang menjejaki karier sebagai selebriti di Pakistan dan India. Ke-eksotikan wajah mereka menjadi salah satu daya penarik yang sangat kuat.
p/s: Ada jugak yang kata suku kaum Pashtun ni merupakan golongan kaum Aryan yang asal..
* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *
1 comment:
Suku Phastun apa ,asih ada pertalian darah dengan Suku Arya shob?
Post a Comment