Jom Singgah Sini =)

Tuesday 13 August 2013

[Aneh] Unicorn of the Seas: Haiwan Laut Misteri Di Perairan Tasmania =D

"Unicorn of the Seas" merupakan haiwan laut yang tergolong dalam kumpulan Pyrosome gergasi..Dalam banyak-banyak haiwan laut, mungkin ini yang paling ganjil dan bermisteri..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..



Makhluk pelik yang anda lihat bukan lah sejenis tiub kembung, tetapi merupakan seekor haiwan laut. Haiwan ini telah dikesan di luar pantai Semenanjung Tasman di Tasmania, pada tahun 2011.

Makhluk ganjil seperti tiub ini tergolong dalam kumpulan haiwan pyrosome, yang sebenarnya terdiri daripada berpuluh-puluh, bahkan beratus-ratus haiwan kecil. Mereka membiak dengan proses pengklonan, selepas itu, mereka akan menenun tisu mereka bersama-sama untuk membentuk koloni seperti mulut untuk makan. Setiap haiwan kecil yang membentuk haiwan gergasi ini hanya berukuran 1 inci (2 cm) panjang, tetapi pyrosome yang dihasilkan, akan menjadi lebih 2 meter panjang.

Koloni yang terhasil digelar pyrosome, dan tiub yang dihasilkan akan tertutup di salah satu hujung, dan terbuka pada hujung yang lain. Haiwan ini menyedut air yang penuh dengan plankton melalui hujung mulut yang terbuka dan dicerna melalui badannya.

Haiwan ini bergerak dengan bantuan arus air laut, tetapi mereka juga menggerakkan diri dengan bantuan air yang mereka tapis. Satu lagi ciri yang haiwan ini ada ialah mereka mempunyai bioluminescence iaitu sejenis elemen yang membuatkan diri mereka menyala dengan lampu biru dan hijau agar dapat dilihat dari jauh. Beberapa penyelam yang telah menyentuh haiwan ini mengatakan bahawa ia mempunyai badan yang sangat lembut dan halus. Satu gelombang cahaya bioluminescent ini akan dihantar ke seluruh koloni jika seseorang atau sesuatu yang menyentuh tubuh badannya.


Video:


p/s: Setiap ciptaan Allah tu ada keunikkan nya =D

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...