Jom Singgah Sini =)

Tuesday, 9 July 2013

[Video] Headphone Terbesar Di Dunia Yang Tidak Akan Menyentuh Telinga Anda =D

Lazimnya, earphone atau headphone sering digunakan oleh golongan muda bagi mendapatkan privasi semasa mendengar muzik dari telefon bimbit atau gajet-gajet lain seperti MP3, MP4, Walkman dan lain-lain lagi..Namun, sebuah headphone terbesar di dunia telah berjaya dicipta oleh seorang peminat muzik bernama Dallyn Rule..Kalau nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..



Mendengar muzik dalam persekitaran terpencil hingga menyebabkan anda dalam keadaan khayal dan melupakan apa yang berlaku di sekeliling anda merupakan salah satu perasaan yang paling menakjubkan yang anda perolehi. Dallyn Rule yang merupakan seorang peminat setia kepada muzik sejak dari zaman kanak-kanak telah mencipta sebuah headphone yang terbesar di dunia untuk Maker Faire di Vancouver, BC dan ia sudah tentunya besar.

Dengan besar yang hampir menyamai besar tubuh badan manusia, headphone yang juga boleh berfungsi ini dibuat dari 100% bahan kitar semula / guna semula. Seperti yang telah dijelaskan Dallyn dalam videonya, fon kepala ini telah menjadi impian sejak zaman kanak-kanak kerana dia mahu mencipta sesuatu yang besar dan ketara.

Fon kepala adalah hampir kepada saiz pembesar suara yang besar dan pengguna boleh duduk ditengah-tengah untuk mendengar muzik pilihannya. Perkara yang menarik tentang headphone ini adalah ia direka untuk tidak menyentuh telinga atau kepala anda namun masih menghasilkan muzik yang membuatkan anda percaya bahawa anda seperti dalam keadaan memakai fon kepala. Lebih menakjubkan, orang lain di sekeliling anda tidak boleh mendengar muzik yang datang dari headphone ini semasa lagu kegemaran anda dimainkan.

Dallyn Rule juga telah merancang untuk membuat lebih banyak penambahbaikan kepada reka bentuk semasa headphone ini.



Video:

p/s: Tak bergegar ke satu badan dengar headphone bagak macam tu? *0*

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...