Jom Singgah Sini =)

Wednesday, 10 July 2013

[Fakta] 7 Bunyi Yang Paling Dibenci Di Dunia =D

Bunyi merupakan sesuatu yang sinonim dengan kehidupan kita..Namun, kadang-kadang terdapat juga antara bunyi-bunyi ini yang boleh menganggu kehidupan seharian kita..Dalam ilmu akustik manusia, bunyi dikatakan berkait rapat dengan emosi memori dan pengalaman yang berasal dari alam bawah sedar..Sebab itu lah ada sahaja bunyi yang boleh menggangu emosi seseorang..Kalau nak tahu apa dia bunyi-bunyi tu, meh usha kat bawah ni..

1. Bunyi orang muntah
Menurut sebuah kajian yang dilakukan di Britain, bunyi ketika seseorang itu sedang muntah merupakan bunyi yang paling menganggu berbanding bunyi hon kenderaan. Disengajakan atau tidak, bunyi muntah ini akan mendorong kepada perasaan jijik dan membuatkan anda tutut rasa ingin termuntah.

2. Bunyi kuku digaru pada papan hitam.
Percaya atau tidak, bagi sebahagian orang, perbuatan menggaru sesuatu pada papan hitam merupakan salah satu cara yang efektif untuk membuat mereka rasa terganggu. Fakta mengatakan bunyi berdecit yang dihasilkan merupakan salah satu bunyi yang paling mengganggu di dunia. Hal ini kerana intonasi bunyinya yang sangat tinggi akan menyebabkan keadaan tidak selesa pada otak dan telinga.

3. Bunyi penggera kenderaan
Bunyi penggera kenderaan seringkali dianggap sebagai salah satu bunyi yang paling menyakitkan telinga bukan hanya bagi pencuri, tapi juga pada orang lain yang berada d isekitarnya. Alasannya kerana bunyi tersebut kadang-kadang muncul tanpa sebab yang jelas. Bahkan penggera seringkali berbunyi hanya kerana di sebabkan oleh sesuatu yang tidak berkaitan dengan kecurian misalnya diakibatkan oleh kucing yang tiba-tiba melompat di atas kenderaan. Menurut beberapa pakar, bunyi penggera kenderaan dianggap sangat menganggu kerana ia mampu membangkitkan semula kenangan buruk.

4. Bunyi berdengkur
Bunyi dengkuran sering dianggap mengganggu dengan alasan yang sangat jelas iaitu kesihatan. Bunyi dengkuran di malam hari berlaku secara automatik semasa waktu tidur dan menyebabkan orang yang berada di sekitarnya terganggu. Menurut ilmu perubatan, kurang tidur dapat mengganggu kesihatan baik pada fikiran dan juga tubuh badan. Jadi sekiranya anda mempunyai masalah berdengkur, ada baiknya anda mula merawatnya.

5. Bunyi penggera jam
Meskipun kadang-kadang ia mempunyai bunyi yang  menyerupai muzik, namun respon pertama yang mungkin Anda hadapi ketika mendengarnya adalah perasaan terganggu. Perasaan tidak suka terhadap bunyi penggera ini memang jelas disebabkan oleh masalah emosi. Bayangkan jika anda harus bangun dari tidur yang nyenyak dan mimpi yang sangat indah. Pasti rasa terganggu bukan?

6. Bunyi decitan tayar ketika brek
Semua pasti akan setuju jika bunyi yang satu ini dianggap cukup menyakitkan telinga. Frekuensinya yang terlalu tinggi mungkin menyebabkan bunyi ini tidak disukai oleh telinga manusia. Selain itu, suara decitan yang dihasilkan sering dikaitkan dengan kemalanagan. Hal yang mana akan membuatkan kita berasa panik pada masa yang sama.

7. Bunyi besi dipukul dengan besi.
Bunyi yang satu ini boleh membuatkan telinga kita berdesing walaupun setelah bunyi itu berhenti. Mendengar bunyi besi yang diketuk dengan kuat secara berterusan boleh mengakibatkan pekak.

p/s: Bunyi orang merungut pun aku tak suka dengar jugak..

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...