Jom Singgah Sini =)

Monday 29 July 2013

[Unik] Ippo The "Zonkey" - Spesies Baru Hasil Kacukan Kuda Belang Dan Keldai =d

Haiwan kacukan atau hybrid merupakan sejenis spesies haiwan baru hasil gabungan antara dua jenis haiwan yang berbeza..Dari segi fizikal, sudah tentu haiwan kacukan ini mempunyai rupa yang sangat berlainan daripada induknya..Dengan teknologi ini, satu lagi spesies haiwan kacukan berjaya dihasilkan dan ia dinamakan sebagai "Zonkey"..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..


Seekor bayi Zonkey, iaitu spesies haiwan kacukan antara kuda belang dan keldai yang dinamakan Ippo, telah berjaya dilahirkan di sebuah rizab haiwan di Florence, Itali.

Induk jantan kepada Zonkey merupakan seekor kuda belang yang telah diambil oleh rizab haiwan ini selepas ia diselamatkan daripada sebuah zoo haram yang tidak mendapat tauliah penjagaan haiwan. Manakala, induk betina kepada Zonkey pula merupakan seekor keldai dari spesies Amiata, iaitu spesies yang sangat terancam.

Menurut Serena Aglietti, salah seorang pekerja di rizab haiwan berkenaan, memaklumkan dalam satu kenyataan bahawa "Ippo adalah satu-satunya sepesies haiwan itu yang ada di Itali".


p/s: Comel kan? =D


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...