Jom Singgah Sini =)

Thursday 18 July 2013

[Unik] Baju Renang Yang Mampu Menghalang Serangan Jerung =D

Bagi mereka yang gemarkan aktiviti laut, serangan jerung sudah tentu merupakan masalah yang sukar dielakkan..Oleh itu, sebuah syarikat yang berpangkalan di Australia Barat telah mencipta sejenis pakaian renang yang mampu mengelakkan si pemakai dari diserang oleh jerung..Kalau nak tahu keberkesanan pakaian tersebut, meh usha kat bawah ni..



Para penyelidik dari Australia Barat telah berjaya mencipta sejenis pakaian renang yang dikatakan mampu menghalang serangan ikan jerung. Pakaian tersebut merupakan sebuah projek yang dibiayai oleh pihak kerajaan.

Pada tahun lepas, kerajaan Australia Barat telah mengumumkan sokongan untuk membiayai beberapa program penyelidikan sebagai reaksi kepada lima serangan maut yang membabitkan ikan jerung di perairan negara berkenaan dalam tempoh setahun.

Syarikat tempatan iaitu Shark Mitigation System (SAMS) telah melancarkan beberapa reka bentuk pakaian renang dengan menggunakan teknologi berpaten yang direka dengan kerjasama University of Western Australia's Oceans Institute dan sekolah biologi haiwan marin berdekatan.

Faktor yang menjadi halangan kepada serangan jerung adalah disebabkan oleh aspek visual pakaian renang tersebut. Terdapat dua reka bentuk berbeza yang menggabungkan dua strategi berasingan untuk memberi perlindungan yang diperlukan.


Menurut mereka yang terlibat dalam penciptaan baju renang tersebut, satu reka bentuk pakaian itu membolehkan pemakainya "bergaul" dengan warna persekitaran di dalam air yang membuatkan jerung sukar untuk mengesan dan memfokuskan mangsanya.


Manakala, reka bentuk yang kedua menjadikan si pemakai kelihatan amat ketara dan menyangka si pemakai tadi adalah mangsa yang beracun dan berbahaya untuk di makan.


Pengarah SAMS, Hamish Jolly berkata beliau tidak boleh mengatakan bahawa "pakaian tersebut merupakan pakaian renang selamat yang gagal" dari serangan jerung.


"Tetapi kami percaya ia pasti boleh membantu tanpa memerlukan apa-apa kelengkapan tambahan atau kos yang lain daripada apa yang telah digunaka," katanya.


Pakaian ini turut mendapat reaksi positif oleh syarikat Radiator, iaitu sebuah syarikat yang telah diberi lesen untuk untuk menjual pakaian yang telah diberi teknologi SAMS ini.


Bob Lushley dari pihak Radiator berkata dalam tempoh 20 tahun dalam industri perniagaan ini,  dia sering tertanya-tanya apakah warna dan reka bentuk pakaian renang yang tidak disukai oleh jerung.


"Namun sekarang kita telah tahu jawapan kepada soalan itu dan ia sangat menarik," katanya.


Encik Lushley berkata walaupun risiko untuk diserang oleh ikan jerung adalah minimum, namun penciptaan pakaian renang itu sangan memberi manfaat kepada orang ramai.


"Jika kita boleh berbuat sesuatu untuk mengurangkan kebimbangan mereka, khususnya orang awam dengan meyediakan penghalang yang sebenar, kita akan berasa sangat berpuas hati dengan usaha yang telah dijalankan selama ini."




Video:

Sumber: MandurahMail

p/s: Ada ke siapa-siapa yang teringin nak beli =D





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...