Jom Singgah Sini =)

Thursday 18 July 2013

[Aneh] Hot Dog Berwarna Hitam Diperkenalkan Di Tokyo =D

Makanan seperti hot dog merupakan makanan yang amat digemari oleh setiap lapisan masyarakat tidak kira yang muda mahupun yang tua..Hot dog merupakan sejenis sajian yang meletakkan sosej di tengah-tengah lapisan roti dan dilapisi dengan aneka sos mengikut citarasa masing-masing..Namun, tahukah anda bahawa di Jepun terdapat produk hot dog yang berwarna hitam? Haa, kalau nak tahu, meh usha kat bawah ni..



Jepun sangat terkenal dengan pilihan makanan yang pelik dan aneh. Sebuah syarikat makanan di Jepun telah mengeluarkan produk terbaru mereka iaitu "The Black Terra Hot-Dog" yang kini telah menjadi produk makanan segera yang sangat popular di daerah Akibahara, Tokyo. Hot dog yang dijual ini mempunyai kepanjangan sebanyak 30 sentimeter (cm) dan kelihatan seperti ia hangus terbakar.

Hot dog berwarna hitam ini telah berada di pasaran selama setahun semenjak syarikat Burger King memperkenalkan produk terbaru keluaran mereka iaitu Premium Kuro Burger di Jepun. Walaubagaimana pun, ia tidak mampu menangani produk keluaran syarikat Vegas Premium Hot-Dog yang berpangkalan di Akibahara, Jepun ini di mana mereka telah memperkenalkan hot dog yang sepenuhnya adalah berwarna hitam seperti arang.

Syarikat Vegas memang terkenal dengan produk hot dog yang mempunyai kepanjangan sehingga melebihi 30 sentimeter (cm), namun dengan produk "The Black Terra Hot-Dog" yang baru diperkenalkan ini, mereka telah mendapat sambutan yang lebih hangat dari orang ramai. Pada mulanya, orang ramai menyangka ia hanya lah lawak jenaka, namun setelah melihat iklan di papan iklan di sekitar Akibahara, mereka tidak dapat menahan keinginan daripada mencuba makanan ini.

Bagi sesetengah orang, ada yang mengatakan bahawa roti dan sosej yang digunakan telah direndam dengan dakwat sotong sebagai bahan pewarna, tetapi, menurut beberapa laporan media Jepun, hot dog keluaran syarikat Vegas ini sebenarnya menggunakan serbuk arang buluh iaitu sejenis bahan pewarna makanan yang digunakan di kebanyakkan negara Asia. Walaupun ia nampak buruk, namun ia tidak mengubah rasa pada makanan tersebut dan ia selamat untuk dimakan.

"The Black Terra Hot-Dog" ini dijual pada harga 600 Yen (US$6) setiap satu dan ia merupakan salah satu daripada 3 produk syarikat Vegas Premium Hot-Dog yang paling lazat.


Video:


p/s: Entah apa rasa tak tahu la kan..Hehehe =D

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...